Berani seperti s1nga! Lisa, Yusry pilih nama Yunos Laith untuk anak ketiga

SELEPAS seminggu dilahirkan, pasangan selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani akhirnya bersedia berkongsi nama cahaya mata ketiga mereka kepada umum.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Lisa, 35, dan Yusry, 48, sepakat menamakan anak lelaki mereka itu sebagai Yunos Laith.

“Assalamualaikum. Kami ingin perkenalkan adik kami yang genap berusia tujuh hari. Nama dia Yunos Laith Yusry.

“Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti sang singa,” tulis Lisa di Instagram.

Usia perkahwinan Lisa dan Yusry sudah mencecah sembilan tahun.

Mengiringi kapsyen itu ialah foto dua lagi anaknya sedang meriba Yunos Laith.

Kelahiran Yunos juga cukup bermakna buat mereka sekeluarga kerana berkongsi tarikh lahir dengan Yusry iaitu pada tanggal 15 Jun.

Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani seperti sang singa.

LISA SURIHANI

PELAKON

“Alhamdulillah, terima kasih semua di atas doa dan ucapan anda buat kami sekeluarga,” ujar Lisa.

Sementara itu, Lisa juga sempat menitip ucapan istimewa Hari Bapa buat suami tercinta menerusi satu lagi entri di Instagram.

Kesemua anak Lisa dan Yusry diberikan pangkal nama YL.

“Sangat bersyukur dengan cara awak melayani anak-anak kita, Yong dan Yeop dengan sabar dan penuh kasih sayang dan sekarang dengan Lang pula.

“Bulan Jun yang cukup bermakna untuk diingati dengan pelbagai sebab. Selamat Hari Bapa, bapa kepada anak-anak kami, YL,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Lisa selamat melahirkan Yunos pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar