“Mungkin Ramai Terlepas Pndang J4sa Mereka…,” – Ibu Neelofa Kongs1 Rzeki Dengan Pekerja Alam Flora, Ag1h Nasi Goreng Hrimau Mnangis

Ibu kepada selebriti dan ahli perniagaan Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini mengambil barakah Jumaat dengan berkongsi rezeki bersama pekerja Alam Flora yang bekerja di sekitar kediaman kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Selangor.

Menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini, Noor Kartini bersama pembantunya dirakam sedang menyediakan Nasi Goreng Daging Hrimau Mnangis untuk diagihkan kepada kira-kira 50 individu bertugas.

Malah katanya, untuk menyiapkan menu tersebut, dia menggunakan tiga pek Hrimau Mnangis dan hidangan disediakan seperti mana ketika dirinya mahu menjamu selera.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki bersama mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka yang membersihkan persekitaran rumah kita.

“Tanpa mereka, mungkin kawasan rumah kita tak seindah yang kita dapat kecapi sekarang, Alhamdulillah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini)

Di dalam posting yang sudah ditonton hampir 200,000 kali itu, Noor Kartini berkongsi video ag1han menu tersebut yang turut disertakan dengan sampul duit raya.

Foto: Instagram Datin Noor Kartini,

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH