Tabik! Pegawai polis Cina tak segan kongsi kisah ‘jalan berl1ku’ demi sertai PDRM… pergi tuisyen B.Melayu, 2 kali repeat SPM dan sanggup buat l4sik mata

APLIKASI TikTok semakin mendapat perhatian ramai ketika ini, di mana pelbagai variasi video dikongsikan di laman tersebut.

Bukan video berbentuk hiburan semata-mata, namun ketika ini ramai yang menggunakan TikTok sebagai platform untuk perkongsian bermanfaat seperti yang dilakukan pegawai p0lis berbangsa Cina ini.

Menerusi video berdurasi 1.38 minit, Inspektor Lee Kah Seng berkongsi suka duk4 perjalanan hidup untuk menggapai cita-cita sebelum dia akhirnya berjaya bergelar seorang pegawai p0lis.

Berkongsi cerita dengan mStar, Kah Seng berkata dia terdetik untuk membuat perkongsian berkenaan dirinya bagi meniupkan semangat dan memberi motivasi kepada anak muda agar tidak berputus asa mengejar impian dan menjadi insan yang lebih baik.

“Daripada video pertama yang mendapat jumlah tontonan lebih daripada 1.1 juta, ramai yang komen dan bertanya macam mana nak jadi anggota p0lis. Bermakna ramai sebenarnya yang berminat nak join jadi p0lis.

Lee menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer.

“Jadi saya fikir mengapa tidak saya guna medium TikTok untuk sampaikan mesej positif kepada mereka. Saya cerita pengalaman diri sendiri untuk sampaikan mesej, jika ada cita-cita, kita perlu berusaha.

“Tidak kira apa jua cita-cita mereka sama ada pegawai p0lis, juruterbang atau sebagainya, kita kena bertindak untuk mencapainya… jangan hanya sekadar bermimpi. Dalam masa yang sama, ia juga boleh menaikkan imej PDRM,” ujar jejaka berusia 30 tahun ini.

Mengimbas kembali detik mula ‘perjalanannya’ bergelar pegawai p0lis, Kah Seng berkata dia mula menyedari minat terhadap pasukan beruniform ketika sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.

Selepas menamatkan diploma, dia menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer di Universiti Greenwich (kampus Kuala Lumpur).

Detik ketika memasuki Pulapol (kiri) dan menamatkan latihan untuk bergelar seorang pegawai p0lis (kanan).

“Bagi saya uniform p0lis segak sangat… bila tengok, rasa macam ada aura dan semangat tu berkobar-kobar. Saya fikir nak banggakan ibu ayah dan nak berkhidmat untuk masyarakat.

“Jadi saya mula buat persediaan sebelum memohon untuk sertai p0lis. Keputusan Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tak berapa bagus, jadi saya mula ambil tuisyen selama hampir enam bulan dan repeat paper Julai.

“Saya juga rabun jadi buat l4sik mata. Kemudian dapat panggilan interview p0lis kali pertama, tapi tak ada rezeki. Masa sedang bekerja di sebuah syarikat swasta, saya ambil tuisyen lagi dan repeat SPM sebagai calon persendirian… saya seorang je calon berusia 26 tahun,” ujarnya ketawa kecil.

Bagi saya uniform p0lis segak sangat… bila tengok, rasa macam ada aura dan semangat tu berkobar-kobar.

LEE KAH SENG

PEGAWAI p0lis

Bercerita lebih lanjut, Kah Seng yang lebih mesra disapa Lee berkata dia kemudian mendapat tawaran untuk menjalani temuduga buat kali kedua yang mana terdiri daripada empat peringkat.

Lebih setahun menunggu, Kah Seng berkata dia hampir pu.tus harapan memandangkan belum menerima sebarang maklum balas, sehinggalah pada suatu hari bapanya menghubunginya dan memaklumkan sepucuk surat dari PDRM tiba di kampung di Raub, Pahang.

Bermula dengan Inspektor percubaan (kiri), Lee kini bergelar Inspektor (kanan).

“Saya minta ayah buka dan bacakan surat tersebut… memang berdebar-debar. Syukur, akhirnya saya berjaya. Masa itu saya rasa segala usaha saya selama ini berbaloi!” ujar anak sulung daripada dua adik beradik ini.

Tambah Lee, selepas segala cabaran yang ditempuhinya, dia kini sudah lebih tiga tahun berada dalam pasukan PDRM.

“Macam tak percaya pun ada selepas semua yang saya lalui. Tapi sebab tekad dan minat, saya cuba sedaya upaya.

Lee (kiri) bersama satu-satunya adik lelaki.

“Saya tak sangka video saya dapat lebih 1 juta tontonan… dalam masa seminggu selepas upload video tu, followers naik sampai lebih 50,000. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan beri komen positif.

“Mudah-mudahan video yang saya kongsi sedikit sebanyak beri motivasi dan inspirasi kepada anak muda yang lain,” katanya lagi.

@leekahseng911

Cerita sikit tetang usaha diri sendiri, sebelum dan sehingga dapat Jawatan Insp. Terima Kasih.

♬ Blue Ocean – Walter Bonadè

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Tabik! Pegawai polis Cina tak segan kongsi kisah ‘jalan berl1ku’ demi sertai PDRM… pergi tuisyen B.Melayu, 2 kali repeat SPM dan sanggup buat l4sik mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*