“Saya ti4da dua tangan, semua buat guna kaki” – Ramai nak tahu macam-macam daripada perunding hartanah ini, termasuklah cara makan

SETIAP insan dilahirkan berbeza-beza, tapi kita semua tetap sempurna disisi-Nya.

Di aplikasi TikTok, tular video-video memaparkan kehidupan harian seorang jejaka yang ku.dung kedua-dua belah tangannya.

Muhammad Zulkifli Nordin, 25, ketika dihubungi mStar mengakui baru sahaja tiga minggu aktif di platform itu.

Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka akan meraih perhatian ramai sehingga video dikongsi menerima puluhan ribu tontonan dalam masa singkat.

“Saya sebenarnya baru bekerja sebagai perunding hartanah pada tahun ini. Saya menggunakan TikTok untuk membina personal branding.

“Saya juga berniat nak kongsi video berkaitan hartanah. Tapi awal-awal saya kongsi video mengenai diri sendiri dulu.

“Saya pun baru nak belajar cara edit video dan sebagainya. Saya terkejut dengan penerimaan ramai.

Zul aktif bersukan sejak dulu lagi.

“Banyak soalan diterima, saya pun tak sempat balas semuanya. Mereka nak lihat cara saya jalani kehidupan seharian, cara makan pun ada yang minta nak tengok.

“Saya boleh suap makan sendiri, menulis pun guna kaki,” ujarnya yang mesra disapa Zul.

Bercerita mengenai dirinya, anak ketujuh daripada lapan beradik itu berasal dari Gua Musang, Kelantan dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Hartanah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2019.

Memang keadaan diri ini akan buat kita rasa takut, tapi kita kena kuat dan tolak diri kehadapan.

ZUL

Dedah Zul lagi, banyak cabaran yang perlu ditempuhinya, namun dia tak pernah menyal4hkan takdir.

“Saya memang dilahirkan tiada kedua-dua tangan. Apa pekerjaan yang saya buat, semua guna kaki. Dan saya seorang sahaja dilahirkan begini dalam keluarga.

“Memang banyak cabaran dari kecil. Ada sesetengah perkara, ia terhad. Tapi saya cuba buat sehabis baik. Kalau tak boleh, baru minta tolong orang.

“Saya tak pernah salahkan takdir. Kena sentiasa bersyukur. Kalau rasa lemah, kena ingat… ada ramai yang jauh lebih lemah di luar sana,” ujarnya.

Di TikTok misalnya, video Zul yang memancing ikan dengan menggunakan kaki ternyata menc.uri perhatian ramai.

Zul tidak pernah salahkan takdir dan bersyukur seadanya dengan fizikal diri.

Malah jangan tak percaya, Zul juga aktif dalam sukan bola sepak dan sepak takraw.

Lebih membanggakan, Zul pernah menyertai acara olahraga (larian) di Temasya Sukan Para SUKMA XIX Perak 2018.

Dalam temubual sama, Zul juga menitipkan pesan buat insan senasib dengannya agar tabah dan tenang mengharungi kehidupan serta menjalani hidup dengan penuh keyakinan.

“Memang keadaan diri ini akan buat kita rasa takut, tapi kita kena kuat dan tolak diri ke hadapan.

“Kalau rasa lemah, sebenarnya sahabat di luar sana, ada yang jauh lebih lemah. Kita kena bersemangat.

“Selain ibu bapa yang menjadi kekuatan, saya juga sentiasa pandang ke depan kerana nak kejar cita-cita, mahu berjaya dalam bidang hartanah,” ujarnya.

@zul_hartanah

Answer to @norsyasani29 video lama dari ig story

♬ Влюблён – Akris & Teddy

@zul_hartanah

kenangan wakil uitm perak kejohanan sukan mahasiswa uitm ##HighlightYourWorld

♬ Gemuruh – Faizal Tahir

@zul_hartanah

patin tempoyak ##fyp

♬ original sound – Zul_Hartanah – Zul Hartanah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar