Janna Nick sy4k individu dibel4s4h kumpulan rider ada mas4lah, ded4h terima mesej pel1k daripada orang sama – “Dia selalu cakap fasal Tuhan, something is wrong”

PELAKON Janna Nick tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penghantar makanan memu.kul seorang pelanggan menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, walaupun dia tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik perkara tersebut, dia percaya keg4n4san bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, cuma saya tidak bersetuju guna keg4n4san untuk mengajar orang.

“Setiap masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan keg4n4san… kalau tidak puas hati ke apa, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi mStar.

Janna berkongsikan DM yang diterimanya daripada lelaki tersebut.

Menerusi video yang tersebar itu, kekec0han dipercayai tercetus selepas pelanggan tersebut dipercayai mempermainkan kalimah Allah sehingga menimbulkan kem4rah4n rider yang menghantar pesanan makanannya.

Lelaki tersebut menggunakan nama akaun di aplikasi pesanan makanan yang menyentuh sensitiviti agama.

Menerusi video itu, beberapa rider dilihat memu.kul lelaki tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.

Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik… dia selalu cakap fasal Tuhan.

JANNA NICK

PELAKON

Susulan kejadian tersebut, p0lis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lalu telah mena.han lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disy4ki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, Janna berkata dia menyedari nama lelaki yang dibel4sah sekumpulan rider itu sering kali menghantar mesej peribadi (DM) terhadapnya di Instagram.

Dia juga mengesy4ki individu berkenaan mungkin mengalami mas4lah ment4l sehingga bertindak di luar fikiran manusia normal.

Janna buat pended4han pada April lalu dia merupakan penghidap peny4kit bipolar.

“Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pel1k… dia selalu cakap fasal Tuhan.

“Saya senang nak ingat nama dia sebab saya rasa apa yang dia tulis itu di luar normalisasi manusia… saya rasa something is wrong (dengan lelaki tersebut).

“Saya cuma gunakan platform saya untuk tak nak orang salahkan dia… sebab ia bukan tanggungjawab manusia untuk menghukvm dia. Bukan semua orang kita nampak macam normal, tapi kita tak tahu keadaan mental dia macam mana. Saya cakap ini secara umum sebab siapa kita nak judge dia,” katanya.

Janna turut berkongsi tangkap layar (screenshot) DM daripada lelaki dikenali sebagai Ardilas.

Nama berkenaan dipercayai sama dengan individu yang menjadi m4ngs4 pukvl kumpulan rider pada Jumaat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar