Tak Mahu Buat Pengumuman Publisiti Jika Sudah Berhijab, Fazura Cantik Bertudung Kerana Allah

Sukar untuk menyangkal akan kecantikan yang dimilikinya, wajah cantik wanita tanpa kacukan ini kena benar dengan sebutan “gadis melayu” berkulit sawo matang.

Bukan itu sahaja, dia berwajah cantik manis ditambah pula dengan sifat penyayang serta gaya lemah-lembutnya, rata-rata peminat melabelkan seleberiti jelita, Nur Fazura sebagai seorang wanita yang cukup sempurna.

Apa jua penampilan yang digayakan sentiasa meraih pujian kerana jarang sekali melihat dirinya mengenakan pakaian yang mencolok mata.

Mengetahui bahawa gaya selebriti popular, Fazura setiap kali mengenakan selendang ketika sepanjang bulan Ramadan itu dilihat sebagai inisiatif mahu menghorm4ti bulan mulia selain cuba mendekatkan diri dengan pematuhan syariah.

Namun, penampilan Fazura yang kerap kali mengenakan hijab dalam setiap kali hantaran terbaharu di Instagram milnya kini menjadi buah mulut netizen dan meriah tanda tanya mengenai penghijrahannya.

Memuat naik hantaran video di laman Insta Story, Fazura kelihatan manis dan kemas menyarungkan tudung, terpancar keikhlasan di wajahnya mungkin dengan niat mahu menutup aurat.

Rata-rata warganet menyambut baik penampilan yang digayakan oleh Fazura dan sentiasa mendoakan semoga isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan berita, Fazura pernah menjelaskan bahawa soal bila dia akan bertudung itu adalah terlalu peribadi, namun sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai penghijrahannya.

Hal yang demikian, Fazura menyifatkan bahawa  penghijrahannya adalah terlalu privasi dan personal, dirinya bakal tampil berbuat apa sahaja tanpa sebarang pengumuman publisiti yang mampu meraih kontroversi dan mengg4nggu matlamat asal  niat berhijab.

Wah! Bagusnya Fazura ni, nampak betul-betul ikhlas tak mahu raih publisiti ya.

Semoga niat yang baik sentiasa dirahm4ti dan diberi hidayah Allah sebagai Nur cahaya yang membawa ke jalan kebenaran.

Sumber: Instagram Fazura

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM