Azhan Rani pen4t ‘update’ MySejahtera menanti giliran dapat vksin… kel1ru sampai bila nak tunggu

LUAHAN pelakon Azhan Rani yang kec3wa kerana masih tidak menerima panggilan untuk sun.tikan vksin menarik perhatian netizen di laman Instagram miliknya.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Azhan berkata perkongsian itu bukan bermaksud ingin memprotes atau menghent4m mana-mana pihak namun dia sama seperti orang lain yang mengharapkan sun.tikan vaksin.

Setiap hari memeriksa aplikasi MySejahtera, Pelakon berusia 46 tahun ini juga berharap agar diberi penjelasan yang tepat mengenai tempoh untuk menunggu.

Azhan kongsi luahan itu di Instagram miliknya.

“Saya bukan nak protes atau nak menghent4m sesiapa… saya macam orang lain juga yang berharap untuk mendapatkan sun.tikan vaksin.

“Setiap hari saya menunggu, nak kata salah letak info, saya dah periksa memang betul dan tak ada kesalahan pun. Tapi bila buka aplikasi MySejahtera, asyik diminta untuk update saja.

“Saya tahu kena tunggu tapi sekurang-kurangnya, kena la beri penjelasan yang tepat supaya kita tak kel1ru bila sebenarnya kita sepatutnya dapat vaksin itu,” kata Azhan ketika dihubungi mStar.

Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tapi mungkin boleh beri penjelasan lebih tepat.

AZHAN RANI

PELAKON

Sebelum ini, pelakon drama siri Nur itu berkongsi paparan skrin maklumat dirinya yang sudah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera namun masih menunggu giliran sehingga kini.

Rata-rata netizen di ruang perkongsian tersebut turut berkongsi nasib yang sama dengan aktor itu dan berharap diberikan sun.tikan vaksin secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, Azhan yang sudah mendaftar vaksin sejak Februari lalu memberitahu dia enggan menunding jari kepada mana-mana pihak namun berharap sistem atau aplikasi itu diperbaharui menjadi lebih baik.

Azhan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Mungkin ada kelemahan pada sistem atau aplikasi. Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tapi mungkin boleh beri penjelasan lebih tepat.

“Kalau orang yang ada masa dengan tengok handphone saja, tak apa la juga. Kalau kena dekat orang yang tak ada pengetahuan sangat fasal teknologi telefon ni macam mana?

“Setiap hari saya tengok berita asyik kata orang tak daftar vaksin… tapi orang yang daftar vaksin tak dapat-dapat lagi ini macam mana pula? Bila saya baca komen, rupa-rupanya ramai senasib dengan saya,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar