Otai Lagenda Bola Sepak Negara Kini Hidup Mel4rat Di Dalam Hutan

Beliau adalah seorang bintang dan lagenda bola sepak Selangor seangkatan dengan allahy4rh4m Datuk Mokhtar Dahari serta merupakan salah seorang tonggak utama Selangor, merupakan pemain tengah terbaik pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.

Malah, dia juga pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis berjaya membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1986.

Langit tak selalu cerah

Namun kini siapa sangka nasib beliau berubah apabila media melaporkan hidupnya mel4rat dan kini menumpang di hutan simpan di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Beliau ialah Azhar Sharif, kini berusia 56 tahun.

Kisahnya bermula pada tahun 1995 dimana karier bola sepaknya musn4h selepas menerima keced3raan serius ketika beraksi untuk Perak ketika itu.

Dia disahkan mengalami keced3raan Anterior Cruciate Ligament (ACL) selepas dib3ntes pertahanan import Selangor, Mehmet Durakovic yang memaksa Azhar membuat keputusan mengg4ntvng but, sekali gus men1ngg4lkan sukan yang paling diminatinya itu.

Kehidupan semakin sukar ketika c0v1d19

Azhar mengakui hidupnya kini sukar terutama sejak setahun lalu apabila pandemik COV1D-19 melanda negara di mana dia hil4ng punca pendapatan sebagai jurulatih untuk beberapa pasukan komuniti sekitar Gombak.

Kemuncak kesulitannya, dia terpaksa berteduh di sebuah rumah usang di lereng bukit milik kawan karibnya yang juga bekas penjaga gol Kuala Lumpur sambil membuat kerja sampingan dengan menjaga reban ayam milik rakannya itu.

Katanya, dia bersyukur dengan bantuan rakan karibnya, namun tidak menolak hasrat untuk mencari kediaman lebih selesa di mana dia mahu memberi fokus untuk menuntut ilmu agama.

Ingin cari akhirat

Jelas beliau lagi, kini dia lebih tenang walaupun hidup di dalam hutan dan kadangkala hanya makan ubi kayu sahaja untuk meneruskan kehidupan.

Tapi kalau boleh saya nak cari akhirat dan belajar agama sebab saya nak buat persediaan untuk dunia satu lagi. Kalau dapat tinggal di asrama tempat belajar agama pun tak apa. Saya dah tak mahu kejar dunia lagi, semua itu bukan dunia saya dah.

Itu saja saya nak, benda lain saya tak mahu dah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Bawang rangers