Pengasuh Aafiyah selamat bernikah, Siti Nurhaliza taja busana pengantin

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, pasti mengenali gerangan pengasuhnya dikenali sebagai Dayah Zubit yang pernah tular sebelum ini.

Terbaru, wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II) Ridzuan Razali dipercayai diadakan di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah pada tengah hari tadi.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga selain diadakan secara siaran langsung menerusi laman Instagram untuk tatapan kenalan dan pengikutnya.

Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (​PKP) 3.0, Aafiyah tidak dapat meraikan detik bahagia pengasuh k3sayangannya namun sempat mengadakan sesi panggilan video sebelum wanita itu bergelar isteri.

Bukan itu sahaja, Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dipercayai bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Sama cantik sama padan! Selamat pengantin baru, moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Aminnn.

Sumber: Instagram Dayah Zubit & Yasmeen MUA

Via https://ohmymedia.cc/pengasuh-aafiyah-selamat-bernikah-siti-nurhaliza-taja-busana-pengantin/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20 Media.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingkini.pw/