[VIDEO] 2 Beradik Happy Sesangat Ada Orang Berhenti Nak Beli Buah Yang Dijual Tepi Jalan Dan Ini Kesudahannya

Ketika p4ndemik melanda negara kita, ramai yang hilang sumber pendapatan sekaligus terpaksa mencuba pelbagai cara untuk menampung perbelanjaan harian.

Di Tiktok, seorang lelaki berkongsi video menyayat hati dua kanak-kanak menjual buah tangga di tepi jalan bagi membantu ibu mereka.

Dua beradik jual pelam di tepi jalan

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Khaeirul Anuar di akaun TikToknya, lelaki itu bertindak berpatah balik serta memberhentikan keretanya di tepi jalan gara-gara melihat kanak-kanak melambai-lambai ketika sedang menjual mangg. Mereka dilihat begitu terjua saat mendapat pelanggan.

Ketika kereta milik Khaeirul itu berhenti di tepi jalan, kanak-kanak berkenaan terus pergi ke keretanya untuk menanyakan jika dia hendak membeli buah mangga atau tidak. Rupanya kanak-kanak berkenaan merupakan adik-beradik.

Apabila ditanya kenapa menjual buah mangga di tepi jalan, dua beradik itu memberitahu ingin membantu meringankan beban ibunya.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Insyaallah sama-sama kita membantu mengikut kemampuan. Insyaallah kita bantu orang. Allah permudahkan urusan kita.

Tak sangka dapat duit raya sekali

Setelah Khaeirul membeli beberapa biji buah mangga daripada mereka, dia sempat menghulurkan duit raya kepada dua beradik berkenaan dan wajah mereka seperti tidak percaya mendapat duit raya sebelum mengukirkan senyuman tanda gembira.

Bagi meringankan beban keluarga itu, lelaki ini telah membeli sedikit barangan dapur untuk disumbangkan.

Untuk Melihat video sila klik link kat bawah dan pastikan ader Tisu bersam….hehehehehe

Video 1 :‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’

Video 2 :‘Insyaallah kita bantu orang, Allah permudahkan urusan kita’

Video 3 :‘Tolong menolonglah kamu dalam kenajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa’

Sumber : Tik Tok abecoach-1 Via OhBulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.hmtnws.pw