Dirakam Dr0n Pem4ntau P0lis, Lelaki Ini Kant0i Cuba Rentas Daerah Dengan Basikal

Sejak pelaksanaan PKP fasa ketiga, pihak p0lis sudah mula menggunakan dron sebagai satu inisiatif bagi memantau dan memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan.

Baru-baru ini seorang lelaki telah dirakam oleh dron pemantau p0lis dalam satu cubaan untuk merentas daerah di atas fly over pekan lama Parit Buntar.

Dalam rakaman video penuh, dia kelihatan cuba melepasi sekatan ketika melakukan aktiviti berbasikal, namun membatalkan hasrat dan berpatah balik apabila ternampak dron sedang merakam aksinya.

Tindakan lelaki itu yang cuba mel4ngg4r arahan pihak kerajaan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Rata-rata ramai yang menemplak tindakannya yang tidak sensitif dengan jumlah penul4ran w4b4k c0v1d-19 ketika ini.

Bahkan ada yang mahukan pihak p0lis berkongsi lebih banyak salah laku melalui rakaman dron supaya ia menjadi peringatan kepada orang ramai.

“Mungkin anda berasa selamat dan ‘line clear’ tiada sesiapa memantau di darat, tetapi ada yang memantau anda melalui udara.”

 

Sumber Gambar: Facebook Kerian Infozone HQ

Sumber Gambar: Facebook Kerian Infozone HQ

Parit Buntar baru sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu kawasan terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes c0v1d-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kes telah menul4r di semua lokaliti tersebut dengan kadar keboleh j4ngk1tan sangat tinggi.

Mukim Parit Buntar mencatatkan 44% daripada jumlah keseluruhan kes semasa di Daerah Kerian bagi tempoh 10 Mei sehingga 23 Mei 2021.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/