Naim Daniel tak sabar masuk rumah baharu, pilih konsep minimalis tak suka nampak serabut

BAKAL memasuki rumah baharu pada minggu ini, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa teruja untuk mendiami banglo yang dibeli hasil titik peluhnya sepanjang berkecimpung dalam bidang seni.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, dia teruja untuk menghias rumah mengikut konsep minimalis yang selama ini menjadi pilihannya.

“Alhamdulillah, minggu ini saya akan berpindah masuk ke rumah baharu… baru sahaja dapat kunci baru-baru ini.

“Saya beli rumah showroom jadi semua perabot dah ada, cuma saya kena top up dengan barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk dan hanya perlu bawa masuk baju sahaja.

Netizen kagum dengan pencapaian Naim beli rumah pada usia muda.

“Memang daripada dulu lagi saya suka konsep minimalis… tak suka rumah banyak sangat barang,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Sembah itu membuat pembelian rumah pertamanya pada awal tahun lalu dan rata-rata peminatnya kagum dengan pencapaian penyanyi muda ini yang mampu membeli kediaman sendiri pada usia muda.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sambutan hari raya baru-baru ini, Naim hanya menyambutnya secara bersendirian memandangkan semua ahli keluarganya menetap di Melaka.

 

Memang dari dulu lagi saya suka konsep minimalis… tak suka rumah banyak sangat barang.

NAIM DANIEL

PENYANYI, PELAKON

“Tahun ini merupakan kali pertama saya raya seorang diri… terasa sed1h jugalah tapi lepas juga rindu dapat buat panggilan video di pagi raya.

“Saya pun masak simple sahaja pagi raya hari itu… masak nasi lemak sotong. Nasib baik saya ni jenis tak cerewet makan, tak dapat jamah juadah yang sinonim dengan raya pun tak mengapa,” ujarnya.

Naim pertama kali beraya tanpa keluarga.

Sementara itu dalam perkembangan seni, Naim bakal muncul dengan lagu baharu kolaborasi dengan rapper Joe Flizzow serta akan bekerjasama dengan penerbit antarabangsa Alan Walker untuk album terbaharunya nanti.

“Saya baharu sahaja rakam lagu baharu bersama Joe Flizzow minggu lalu dan kini dalam perbincangan untuk konsep muzik video pula.

“Selain itu, saya juga teruja untuk bekerjasama dengan Alan Walker untuk album terbaharu saya yang akan dikeluarkan kemungkinan besar pada tahun ini juga,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar