Kongsi Foto Zaman Muda Nenek Dan Ibu, Ramai Puji Kecantikan Keluarga Neelofa

Seperti yang kita tahu, 9 Mei merupakan Hari Ibu yang mana ketika itu sosial media dipenuhi dengan ucapan para anak kepada ibu mereka.

Selebriti media sosial, Ameera Khan iaitu adik kepada Noor Neelofa turut tidak melepaskan peluang memberi ucapan Hari Ibu kepada ibunya sendiri iaiti Datin Noor Kartini dan neneknya.

Menerusi foto tersebut, kelihatan Datin Kartini dan ibunya saling tak tumpah seperti tuan puteri di dalam kartun animasi Barat kerana wajah mereka yang sangat cantik.

Untuk pengetahuan, mereka mempunyai darah kacukan Melayu + Arab + Pakistan, sebab itu lah semua adik beradik Neelofa kelihatan cantik belaka.

Ramai pengikut Ameera turut menitipkan komen pujian kepada mereka sekeluarga dan menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh mereka diwarisi oleh ibu dan neneknya.

Nampaknya mereka memang mempunyai baka kecantikan turut temurun ya, siapa yang jadi ahli keluarga The Khan’s mesti seronok!

Tapi itu tidak bermakna keluarga yang tak mempunyai darah kacukan ni tak cantik tau, kita semua cantik di mata semua orang!

Apa pun, kami di   ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia, kalian semua hebat!

Sumber foto: Instagram Ameera Khan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM