Belum Jadi Ibu Tapi Nabil Mahir Tetap Hargai Jasa Ayda Jebat, Siap Ada Hashtag Baharu!

Jangan ingat Hari Ibu hanya diucapkan kepada kaum wanita yang sudah mempunyai anak sahaja, pada yang sedang h4mil pun layak diberi ucapan tau!

Jadi disebabkan itulah pengacara Nabil Mahir tetap memberi ucapan kepada isteri tersayang iaitu Ayda Jebat yang kini sedang h4mil anak pertama mereka.

Nabil ada kongsikan sekeping foto bersama caption penghargaannya buat wanita istimewa itu.

Tapi apa yang melucukan ialah pemilihan foto Nabil itu telah mengundang gelak tawa ramai.

Ramai peminat mereka berdua turut memberi ucapan Hari Ibu kepada Ayda walaupun cahaya mata mereka masih belum lagi lahir.

Lebih menarik lagi kini Ayda dan Nabil sudah mempunyai hashtag baharu di setiap posting mereka iaitu #masihcantik yang mana kemungkinan menunjukkan walaupun Ayda sudah berbadan dua tetapi beliau masih lagi cantik di mata suaminya.

Ayda kini sedang h4mil empat bulan selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan Nabil pada awal Januari lalu.

Semoga segala urusan Ayda dan Nabil akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok #BilAydaJatuhCinta junior!

Sumber foto: Instagram Nabil Mahir

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM