“Macam Anak Minah Salleh” Wajah Kacukan Anak Eira Syazira & Azad Jadi Perhatian Ramai

Sebut sahaja nama pasangan pelakon, Azad Jasmin dan Eira Syazira, pasti terbayangkan gelagat anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose yang sering membuatkan wargamaya terhibur.

Bukan hanya bijak bertutur pelbagai bahasa bahkan video gaya lincahnya menari seperti penari terlatih sering muncul menghiburkan pengikutnya di Instagram ibunya.

Namun kelibat anak kedua dan ketiga pasangan ini jarang-jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya. Melewati Instagram Eira, video yang menampakkan kemunculan anak keduanya itu ternyata amat menarik perhatian wargamaya.

Si comel Ameisya Leanne Rose yang baru berusia lima tahun itu memiliki seraut wajah yang cukup comet. Malah wargamaya turut mengatakan wajah anak kedua pasangan ini seperti anak kacukan.

“Macam anak Minah Salleh,”begitu kata wargamaya.

Berbanding kakaknya, Ammara, Ameisya Leanne Rose dilihat memiliki raut wajah persis ayahnya. Bukan hanya wajah minah salleh, bahkan wargamaya turut menyatakan raut wajahnya seperti model dan selebriti dari Bollywood.

Ameisya Leanne Rose atau mesra dipanggil Rose dilahirkan pada 31 Disember 2016. Tidak hanya Ameisya, bahkan Ammara dan Suri Ratu turut memiliki wajah unik dan cantik, gabungan wajah ibu dan ayahnya.

Semoga si comel Ameisya Leanne Rose juga dua anak dara Pak Azad dan Eira, Amarra Sofea Rose dan Suri Ratu membesar menjadi anak yang sihat, bijak malah membahagiakan ibu dan ayahnya.

Azad dan Eira berkahwin pada 16 september 2011 telah dikurniaka 3 cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose ,Ameisya Leann Rose dan Suri Ratu.

Sumber : https://www.majalahpama.my/macam-anak-minah-salleh-wajah-kacukan-anak-eira-syazira-azad-jasmin-jadi-perhatian/

Artike Sebelum Ini :

Sweetnya Azad Jasmin…Hadiahkan Eira Syazira Rumah Impian Siap Dengan Surau Mini Lagi!

Pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’.

Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tercinta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.

Eira yang dibawa ke ‘rumah impian’nya dalam keadaan mata tertutup tergamam sebaik sahaja tiba di kediaman baru mereka.

“Surprise!!!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita,” katanya sambil mem4ut erat bahu Eira dan memimpin isterinya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.

Menerusi video berdurasi lebih 40 minit itu Azad turut membawa Eira melakukan ‘house tour’.

“Sebelum ni you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan…I adakan untuk u.

“Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita tarawih sama-sama kat sini ya.

“Impian you untuk ada dapur kering dan dapur basah juga i tunaikan,” katanya kepada Eira.

Difahamkan, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman kediaman tersebut tanpa pengetahuan Eira.

“I tipu saya cakap kawasan sini ada k3s cov1d-19,” ded4hnya kepada Iera yang tertanya-tanya bila Azad melengkapkan k3seluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur di ruangan atas.

Momen indah tersebut turut dikongsi Azad di laman sosial peribadi Instagramnya.

“Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. i harap u suka.

“Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Azad dan berasakan Eira seorang isteri yang bertuah.

Mereka turut mendoakan agar pasangan ini dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/sweetnya-azad-jasminhadiahkan-eira-syazira-rumah-impian-siap-dengan-surau-mini-lagi-49581.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingkini.pw/