Tidak ‘Potong Barisan’, Walaupun Golongan Kayangan Kavita Sidhu Dipuji Kerana Beratur Menerima Vaksin Sama Seperti Rakyat Biasa

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan pelbagai berita sensasi mengenai selebriti, influencer atau golongan kayangan yang ‘mel4ngg4r’ prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dilaksanakan sehingga ada yang dikompaun, malah ada juga kes yang masih lagi dalam siasatan sehingga kini.

Disebalik isu pel4ngg4ran SOP tersebut, tular satu ciapan seorang individu di Twitter yang memuji seorang peragawati, pelakon dan pengacara iaitu Kavita Sidhu yang dilihat mengambil vaksin tanpa memotong barisan, walaupun beliau tergolong dalam kategori ‘golongan kayangan’.

Menurut individu tersebut, Kavita sering dilihat sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan perkara-perkara positif, merendah diri dan menjaga sensitiviti rakyat.

Bukan itu sahaja, beliau merasakan bahawa Kavita wajar dipanggil influencer sebenar kerana sifatnya yang suka menyebarkan perkara yang baik, malah bangga kerana peragawati itu juga memartabatkan baju kurung!

Meninjau komen-komen di bebenang tersebut, ramai yang bersetuju dengan ciapan individu tersebut dan turut memberikan pendapat mereka masing-masing :

Sifat merendah diri Kavita sememangnya wajar dicontohi kita semua.

Mengikuti perkembangan terbaharu Kavita, beliau baharu sahaja selesai mendapatkan vaksin jenis AstraZeneca di Putrajaya pada 3 Mei 2021 seperti yang dikongsikan beliau di laman Instagram miliknya.

Sedikit info Kavitha,

Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak ke perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati di awal tahun lapan puluhan ketika menuntut di Kuala Lumpur.

Wajahnya yang begitu fotogenik menjadi rebutan majalah-majalah Malaysia seperti Her World, Female, Jelita dan Wanita untuk kulit hadapan. Bukan sekadar dimedia cetak, malahan di kaca televisyen juga Kavita sering muncul. Iklan Palmolive, salah satu iklan revolusi dari segi teknik lewat tahun 80an, menampikan kejelitaanya yang begitu mengkagumkan. Di pentas cat-walk juga Kavita (180cm) terserlah dengan langkah gayanya yang anggun.

Ramai gadis mengaku diri sebagai model tetapi dunia model sendiri mengetahui siapakah sebenarnya seorang model serius. Kavita Kaur termasuk golongan teratas dalam senarai model Malaysia dalam dua kriteria utama seorang model tulen: di pentas catwalk dan foto.

Walaupun Kavita kini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi malahan juga penerbit filem, dunia fesyen Malaysia, tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang model Malaysia tersohor sehingga kini dan mungkin dapat dianggap sebagai salah seorang ‘Supermodel’ terawal tanahair.

Pada Januari 2016, Sidhu berkahwin dengan ahli geologi Itali, Roberto Guiati. Majlis persandingan mereka diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Sumber : Twitter @callmefye/Wiki

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.two.e-kesah.com