“Seperti Nikah Kali Kedua” Cinta Berputik Semula, Saharul Ridzwan Mahu Ditemani Di Syurga

“MashaAllah…Bimbingilah bidadarimu…pastinya bidadarimu akan bahagia menghadiri masturat dan mendengar bayan…Mengenal Allah dan Rasulullah. Alhamdulillah Tahniah Saharul Ridzwan

Dia antara pelakon lelaki yang tidak mahu disentuh!

Prinsipnya kuat dalam menjaga batas bagi setiap lakonan watak yang dibawa, dia sentiasa menerima pujian para selebriti wanita walaupun kadang-kala terdapat keperluan drama-drama tertentu yang memerlvk4n pelakon tersebut untuk melakonkan adegan romantik dan babak-babak bersentuhan.

Hal yang demikian menurut sumber laporan sebuah laman portal, Amyra Rosli ada menyifatkan pelakon, Saharul Ridzwan merupakan antara pelakon yang disenaraikan sebagai selebriti berprinsip.

Memuat naik video di laman TikTok, Saharul Ridzwan kini tampak ‘semangat’ dan fokus mahu lebih mendekatkan dirinya kepada Sang Pencipta disamping mahu membimbing isterinya, Deena Emir untuk sama-sama mencari kebahagian yang hakiki dan diredhai Allah.

@saharulridzwan7

Semoga Allah pilih kita lagi dan lagi. Amin Ya Allah! Terima kasih kerana doa kalian ❤️🤲🏻

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Selain itu, menerusi laman Instagram miliknya, Saharul Ridzwan ada berkongsi bahawa beliau kini sedang belajar bertaklim bairpun hanya di rumahnya sendiri kerana mahu wujudkan suasana agama di rumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kagum dan bahagia melihat perubahan drastik yang ditampilkan oleh Saharul Ridzwan, apatah lagi niatnya mahu berubah itu disulami dengan tujuan untuk membahagiakan isterinya sebagai pendamping hidup ke jalan Allah.

“Izinkan saya bawa awak mencari cinta Allah dan Rasul. In sha Allah dengan izin Allah”

Kata-katanya yang terungkap di caption video TikTok itu terlihat begitu tulus serta benar-benar mahu memperbaiki dirinya sebagai seorang suami yang terbaik.

“Aku minat gila dia berlakon sumpah charming, tapi susah jugak nak kekal istiqomah kalau dah jadi pelakon ni…sebab tu siapa yang nak berubah mesti dah slow slow stop berlakon sebab nak elak daripada benda macam ni lah”

Jelasnya melalui sebuah sumber lama portal, walaupun kerjayanya sebagai seorang selebriti amat sukar untuk mengelak daripada menjaga batas tertentu, pelakon bagi drama terbaharu, Sabarlah Duhai Hati ini tahu akan teknik dan cara lain untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan.

Katanya, Saharul Ridzwan mahu tetapkan matlamat dalam hidupnya untuk terus mencari keredhaan Allah disamping bahagia bersama keluarga tercinta.

Alhamdulillah, semoga Saharul Ridzwan kekal istiqomah dan bahagia sampai syurga ya!

Sumber : Instagram Saharul Ridzwan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM