Isteri Selamat Bersalin Namun Eizlan Yusof Dan Isteri Enggan Berkongsi Nama Bayi Terlebih Dahulu Tapi Hanya Mahu Bayi Itu Dipanggil Baby ZR

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof, 49, dikurniakan anak keempat, petang semalam.

Eizlan berkongsi berita gembira ini menerusi video singkat dalam Instagram.

Bayi perempuan itu adalah anak pertama hasil perkahwinan keduanya dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville.

Bayi itu dilahirkan secara pembed4han di Hospital UMRA, Shah Alam, jam 1 petang semalam dengan berat 2.98 kilogram.

Eizlan dan Natasha memaklumkan sudah mempunyai nama yang sesuai untuk bayi itu, namun enggan berkongsi terlebih dahulu. Buat masa ini, mereka mahukan bayi itu dipanggil Baby ZR.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.

Menerusi perkahwinan dengan bekas isterinya Vie Santie, Eizlan dikurniakan tiga anak iaitu Vie Zara, 12; Zareef Yusof, 10; dan Vie Zaara, 7.

Terdahulu Eizlan memberitahu, ketiga-tiga anaknya teruja apabila Tasha yang dipanggil mama mengandung.

“Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat,” katanya.

Ramadan tahun ini menjadi kenangan paling manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri iaitu Datin Seri Natasha Rosa yang baru saja melahirkan cahaya mata sulung mereka. Berita gembira tersebut dikongsi melalui laman Intagram Eizlan Yusof sendiri.

Lebih menarik lagi, baju berwarna merah jambu yang di pakai Eizlan itu sudah menjadi baju ‘tradisi’ setiap kali menyambut kelahiran anak-anaknya.

Bayi dalam keadaan baik

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Pelakon berusia 50 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yang baharu. Ini merupakan anaknya yang keempat hasil dari perkahwinan bersama Datin Seri Natasha Rosa. Difahamkan, Eizlan Yusof sebelum ini telah mempunyai tiga orang anak iaitu Via Zaara, Zareef Yusof dan Via Zaalia hasil dari perkahwinannya yang lalu.

Sementara itu, perkongsian Eizlan juga turut disambut dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Nama keempat ini bagaimanapun masih belum dimaklumkan jantina dan namanya kepada umum. Dalam pada itu, Eizlan Yusof turut memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga orang anaknya sebelum ini.

Alhamdulillah yayang Sashaboudville dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih di atas doa dan ingatan yang baik buat jami sekeluarga. Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya Via Zaara, Zareef Yusof dan Via Zaalia disambut bersama dengannya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019 yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.

Sumber: Eizlan Yusof

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhBulan