“Janji tak ganggu rumah tangga” Anak perempuan naik pelamin, Tok Ram mula luah rasa

PENGARAH muzik terkenal, Datuk Ramli MS melahirkan rasa syukur apabila masih diberikan k3sihatan yang baik untuk melihat anak perempuannya iaitu Nadiah Ramli berkahwin pada 21 Februari lalu.

Menganggap setiap manusia akan melalui fasa yang sama, Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram berjanji untuk tidak mencampuri kehidupan baharu puterinya itu.

“Kita semua akan lalui fasa berkahwin, ada anak, dapat menantu, cucu, s4kit dan men1ngg4l dunia. Itu semua adalah sebahagian daripada kehidupan.

Tok Ram bersama isteri, Alyah (kanan) ketika majlis pernikahan anaknya iaitu Nadiah dan Taufik Nazri.

“Secara peribadi, saya sangat bersyukur kerana dapat lalui fasa itu dengan dikurniakan k3sihatan yang baik di usia sekarang… dapat tengok anak berkahwin.

“Saya tidak mahu campur dalam urusan kehidupan dia tapi saya tetap akan sokong sahaja apa yang dia nak. Selagi perkara itu tidak memerlukan saya… biarlah dia dengan kehidupan baharu,” katanya kepada mStar.

Suami kepada penyanyi Datin Alyah ini ditemui ketika sidang media pelancaran program Panggung Tok Ram di Ladang Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, baru-baru ini.

Nadiah adalah anak hasil daripada perkahwinan bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Najee.

Sekarang, ramai artis main ‘l4ngg4r’ saja benda-benda ini (jati diri dan tatasusila).

Dalam pada itu, pengarah muzik berusia 63 tahun ini bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya selama 47 tahun dalam industri muzik menerusi program terbaharunya iaitu Panggung Tok Ram.

Mengakui ramai artis generasi baharu tidak mengutamakan jati diri dan tatasusila, Ramli berkata dia mahu mencipta masa depan yang lebih baik untuk barisan pelapisnya.

“Kalau saya tak gunakan segala ilmu yang ada untuk dicurahkan kepada bakat-bakat baharu yang akan menjadi pelapis tanah air ini, rugilah. Lagipun bukan boleh dibawa m4ti, betul tak?

“Memang saya nak latih bakat-bakat baharu supaya apabila mereka sudah bersedia muncul sebagai artis dalam dunia sebenar, mereka tidak akan lalui kejutan budaya.

“Sekarang, ramai artis main ‘l4ngg4r’ saja benda-benda ini (jati diri dan tatasusila). Saya dah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.

“Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya daripada segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita,” jelasnya.

Panggung Tok Ram ditaja oleh jenama susu terkemuka tanah air, Farm Fresh itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun.

Tok Ram bersama-sama pihak wakil daripada Farm Fresh akan menilai kemampuan peserta dan akan menyalurkan peserta ke cabang seni yang sesuai dengan kemampuan mereka seperti muzik, lakonan atau pengacaraan.

Alyah, Ramli MS mula dalami ilmu agama demi jaga perkahwinan – “Kita berubah di kedua-dua pihak, rumah tangga ada up and down”

MASALAH rumah tangga Datin Alyah dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak pasangan itu berkahwin pada 2013 hampir membuatkan penyanyi itu berputus asa.

Ujar Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, dia sedar wujud pihak tertentu yang tidak senang dengan perkahwinan mereka dan ingin memecah-belahkan rumah tangganya.

Enggan terus membiarkan ia terus berlanjutan, penyanyi lagu Meluruh itu dan suaminya sama-sama mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menguatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah… macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini, rumah tangga ada up and down.

“Orang dekat luar pun get ready saja… bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi.

“Untuk apa… semua untuk memecah-belahkan rumah tangga. Apa yang menguatkan saya adalah agama. Ibu bapa kita dulu tak ada laman sosial, walaupun bapa saya garang tapi ibu saya tetap menunggu bapa saya.

Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat.

“Itulah agama yang dididik oleh orang tua mereka. Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini,” kata Alyah kepada mStar.

Alyah ditemui pada majlis memperkenalkan dia sebagai duta produk Zafesha Simply di Hotel Dorsett, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Alyah mengakui dia ada perancangan untuk bersara daripada dunia seni beberapa tahun lagi dan salah satu sebabnya mahu memberi tumpuan bagi mendapatkan zuriat.

“Secara jujur saya memang tak akan menyanyi sampai tua… kita pun tak tahu tapi ini hanya perancangan. Allah lebih mengetahui. Ada satu waktu yang tak boleh nak dikongsikan, tapi saya akan bersara bukan berehat.

“Ini keputusan yang terbaik dan memang saya tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun. Saya pernah luahkan hasrat itu kepada suami dan dia pun faham kenapa saya buat keputusan itu.

“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambahkan ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan raw4tan k3suburan In Vitro Fertilisation (IVF),” ujarnya.

sumber: mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/jan-tok-ram-anak-kawin/