“Empat Tan Bunga Segar Penuhi Dek0rasi Pelamin” Neelofa Pilih Putih Kerana Ingin Semua Rasa Sebagai Pengantin

Acara akad nikah pasangan popular Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz diadakan dalam suasana yang cukup indah di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.

Dekorasinya seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga-bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.

Ia dilengkapkan pula dengan alunan zikir dan lagu-lagu nasyid sepanjang acara berlangsung.

Majlis yang diadakan secra tertutup itu bermula seawal pukul 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:

1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah – sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.

Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih termasuk mawar, orkid dan baby breath.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page)

Dekorasi pelamin dengan bungaan segar menarik perhatian ramai.

2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin ini berjaya dihasilkan delam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.

3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.

Neelofa hampir tersadung ketika sedang berjalan ke pelamin.

4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakain serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.

5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy dan Shala Ainaa.

6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.

7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa seb4k dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.

8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.

9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

10.Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab.

Sumber: mStar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : motifviral via MediaViral