Seronok bergelar bapa, Randy Pangalila kongsi momen dalam bilik bers4lin

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila dan isteri, Chelsey Frank selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada Rabu.

Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Blair Willow Pangalila.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Randy menzahirkan penghargaannya terhadap doktor dan jururawat yang banyak membantu melancarkan proses kelahiran anaknya itu.

Malah aktor berusia 31 tahun itu juga turut merakamkam beberapa gambar kenangan ketika menemani isterinya bersalin di h0sp1tal.

“Semalam adalah hari yang paling bermakna buat saya dan isteri. 24 Mac 2021, pukul 9.54 pagi, wanita kuat ini telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik, Blair Willow Pangalila, anak kami.

“Sebuah momen bahagia yang sudah ditunggu-tunggu kami berdua, terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang sudah membantu kelancaran proses bersalin isteri saya,” katanya.

Randy mendirikan rumah tangga dengan Chelsey yang berasal dari Kanada pada tanggal 19 Januari 2019 di Bali, Indonesia.

Randy sebelum ini pernah membintangi beberapa drama di Malaysia antaranya Urusan Hati Cik Drama Queen dan Benci VS Cinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Randy Pangalila (@randpunk)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar