Aina Abdul Tewas Vokal Terbaik Di Tangan Ernie Zakri… Lagu ‘G1la’ Julang Trofi AJL35

Lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B diumumkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Mereka bertiga merangkul trofi dan wang tunai RM50,000. Naib juara pula menjadi milik lagu Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000.

Tempat ketiga pula memperlihatkan lagu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita berduet bersama Datuk Jamal Abdillah membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000.

Vokal memukau Ernie Zakri dengan lagu Gundah pula berjaya diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan hadiah trofi serta wang tunai RM12,000.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, lagu EH nyanyian Zizi Kirana menerima g4njaran trofi serta wang tunai RM12,000.

Antara tujuh buah lagu lain yang turut bersaing adalah Hutang (Floor88), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Kau s4kiti (Amir Masdi) dan Peluang Kedua (Nabila Razali).

Turut bertanding lagu Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewritter), Hati (Hael Husaini) dan 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta).

Acara penuh berprestij berkenaan turut diserikan dengan persembahan Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii, Faizal t4h1r, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju serta ramai lagi.

AJL35 yang disiarkan secara langsung di TV3 itu dihoskan pengacara Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Husaini dalam suasana norma baharu tanpa penonton berikutan w4b4k pandemik c0v1d-19.

Sumber: Youtube TV3Malaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/03/15/aina-abdul-tewas-vokal-terbaik-di-tangan-ernie-zakri-lagu-g1la-julang-trofi-ajl35/