Gambar Saiful Apek Pegang Tangan Fiza Halim Jadi Tular Tapi Ada Satu Lagi Gambar Yang Buat Netizen Lagi Terkeejut

Foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra telah mengundang pelbagai andaian netizen tentang status terkini bekas penyanyai kumpulan Elite itu.

Fiza yang memuat naik foto tersebut ke akaun Instagram (IG) memberitahu, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen.

“Peliknya Rapat & Pegang Tangan Saiful Apek”- ‘Delete’ Foto Suami Di IG, Netizen Speku Fiza Halim Kembali Solo

“My forever couple seat… sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita,”katanya.

Menerusi entri tersebut foto dilihat duduk rapat berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Apek.

Rata-rata mengecam tindakan Fiza yang dilihat tidak sesuai dengan statusnya yang diketahui sudah berkahwin.

GAMBAR FIZA PELUK PINGGANG SAIFUL APEK

“Lain macam gambar ni, ada apa-apa ke?” tanya salah seorang pengikutnya.

“Peliknya duduk rapat-rapat pegang tangan, suami fiza tak kisah ke? Jagalah batas isteri orang,” nasihat salah seorang netizen.

“Allahuakbar, kalau dah suami isteri, tahniah ya Fiza, tak mungkin nak pegang-pegang tangan kalau bukan dengan yang dah halal..” kata salah seorang warga maya.

Bukan itu sahaja, netizen juga mula membuat spekulasi bahawa Fiza sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah pun dipad4m dari laman sosial tersebut.

“Rasa dah solo…tak kan lah dia ada suami dia berani pegang tangan macam tu,” teka salah seorang warga net.

“Macam dah single saja gambar suami pun dah tak ada, banyak dah padam,” speku salah seorang netizen.

Pada tahun 2017, Fiza dilaporkan berkahwin kali ketiga dengan seorang juru terbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata Aleena, 3 tahun.

Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan termasuk bersama penyanyi Adam AF.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 12, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,11.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK via ASN