S1ndir Nabila Razali? Fazley Yaakob Tampil Nasihat Buat Hafiz Hamidun

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun teruk dikec4m oleh netizen selepas memuat naik ciapan ciapan mengenai Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua, di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 malam tadi.

Hafiz Hamidun Perli Nabila Razali?

Biarpun tidak menyatakan nama penyanyi tersebut, namun netizen menganggap ciapan berunsurkan sind1ran itu jelas ditujukan buat Nabila selepas dia sekali lagi mengalami ins1den terkucil ketika membuat persembahan. Bagaimanapun, ciapan tersebut telah pun dipad4m Hafiz tidak lama kemudian sebelum sempat ditangkap layar oleh netizen di laman Twitter.

Fazley Yaakob Titip Pesanan

Rata-rata daripada mereka mengutvk tindakan komposer itu yang kononnya merendahkan Nabila dan menganggap sebagai seorang yang berpengalaman dia seharusnya berkongsi pandangan dan nasihat yang lebih baik buat penyanyi itu. Dalam pada itu, Chef selebriti yang juga pelakon dan penyanyi, Dato Fazley Yaakob menerusi laman Twitter nya turut menyatakan pandangan terhadap ciapan Hafiz kepada Nabila.

Pesan Fazley, sebagai figura yang dikenali dan dihorm4ti, individu tersebut seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk turut menghorm4ti orang lain dan bukanlah bersikap lupa diri. Malah dalam ciapan nya itu, pemilik SukaSucre Bistro ini turut membetulkan kembali ciapan Hafiz kepada sesuatu yang lebih baik.

“Kadang-kadang bila sudah menjadi orang yang dihorm4ti kita lupa untuk menghorm4ti orang yang perlu diberi peluang untuk belajar berkali-kali. #Whoarewetojudge #thereivefixedit” tulis Fazley

Dalam pada itu, Nabila menerusi hantaran di media sosial nya memohon maaf kepada semua peminat terutama kepada komposer lagu itu, Hael Husaini dan MFMF kerana gagal membawakan Peluang Kedua dengan baik.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat buat Nabila supaya tidak berputus asa dan menganggap ia adalah lumrah sebagai seorang penyanyi untuk mengalami kejadian seumpama itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my