Ibu tidak benci sang anak, tetapi tidak reda cara sang suami pada anaknya

MASIH berterusan dengan kiasan di media sosial, ibu Hannah Delisha kini memberi bayangan terbaharu mengenai konflik yang mungkin berlaku antara mereka.

Menerusi nukilan yang dikatakan sebagai epilog atau drama terakhir, Noor Ashikin Ahmad kini dilihat seolah-olah memberi isyarat bahawa ‘sang ibu’ dalam kisah yang cuba disampaikan tidak memb3nci anaknya.

Sebaliknya Noor Ashikin memberi petunjuk seperti wujud masalah antara dia dan pasangan pilihan anaknya itu sejak sekian lama.

Ibu Hannah memuat naik warkah terakhir.

“Beliau tidak merestui perhubungan sang anak dan pasangannya sejak mereka belum bernikah lagi kerana kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara sang ibu dan pasangan sang anak.

“Sang ibu sudah tidak restu daripada awal lagi perhubungan mereka kerana apa yang terjadi,” tulisnya tanpa menjelaskan dengan terpeinci tentang kisah berkenaan.

Pada 18 Februari lalu Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, mengejutkan ramai dengan berita perkahwinannya dengan aktor Singapura, Imam Shah, 32, menerusi perkongsian foto di Instagram.

Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.

Namun kontr0versi mula menghimpit penyanyi ini selepas ibu kandungnya sendiri tampil memberi bayangan bahawa perkahwinan itu tidak direstui.

Selepas itu timbul pula dakwaan kononnya dia menyembunyikan perkahwinan yang dikatakan sudah pun berlangsung pada

Februari 2020, setahun lebih awal daripada tarikh pasangan itu berkongsi foto majlis pernikahan bertarikh 18 Februari 2021.

Bukan itu sahaja, ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati turut mendakwa menantunya itu berdepan masalah dengan ibu kandungnya sejak sekian lama.

Hannah dan Imam dikatakan sudah berkahwin pada Februari tahun lalu.

Sementara itu menerusi nukilan terakhirnya juga Noor Ashikin dilihat cuba meluahkan perasaan selepas mendapat berita mengenai perkahwinan anaknya.

“Sang ibu serta keluarganya hanya tahu tentang berita pernikahan sang anak sewaktu yang sama dengan anda.

“Sang ibu tidak memb3nci sang anak, tetapi tidak reda dan restu dengan cara, etika dan norma perkara ini dikendalikan oleh sang suami pada anaknya serta cara pihak yang sewaktu dengannya, mengendalikan perkara ini.

“Pasti sang suami mempunyai seorang ‘ibu’. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu sang suami dan keluarganya?” demikian luah Noor Ashikin.

Biodata Pelakon Drama Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Siapa Imam Shah? Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib yang lebih terkenal sebagai Imam Shah merupakan seorang pelakon lelaki kelahiran Singapura.

Namanya menjadi tular lewat ini selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Hannah Delisha.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama penuhnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.

Dikenali dengan nama popular, Imam Shah.

Berumur 32 tahun.

Kelahiran Singapura.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama Singapura yang dibintanginya termasuk Mengejar Mentari, S.O.S, Firasat, Firasat 2, Saga, 31 Disember, Faculty dan Saga 2.

Kemunculannya di kaca televisyen Malaysia menerusi siri Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro Ria) dan Kau Yang Pertama (TV3).

Berkahwin dengan Hannah Delisha yang juga pelakon kelahiran Singapura pada 18 Februari 2021, selepas lima tahun berkenalan.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @imamemy telahpun mencatatkan lebih 120,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pelakon veteran, Mariana Yati.

Sepupu kepada aktres Nadiyah Shahab.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amat pemalu dan gemar membuat hal sendiri.

Gemar meluangkan masa di gimnasium.

Penuntut seni silat, tinju dan muay thai.

Mengutamakan peningkatan kualiti dalam lakonan, sekaligus mengetepikan soal populariti.

Gemarkan privasi, justeru jarang berkongsi foto di Instagram.

Takut berhujah di pentas kerana sifatnya yang mudah menggelabah – bak karakter ibunya!

Memegang prinsip yang diperturunkan oleh ibunya, berbunyi – “apabila seseorang berasakan dirinya adalah yang terbaik, itulah jalan pada kemusnahan kerjayanya”.

Meletakkan pelakon Bront Palarae sebagai idola dalam karier lakonan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/03/ibuhanna-suamii-imann/