Risteena `belanja` gambar hari pertama sebagai suami isteri, Isa Khan senyum smp nmpk gigi

Pelakon Isa Khan, 28, menarik nafas lega apabila majlis perkahwinannya dengan aktres Risteena Munim, 32, berjalan dengan lancar semalam selepas terpaksa ditangguhkan disebabkan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata hanya 15 orang tetamu sahaja yang hadir iaitu dalam kalangan keluarga ketika majlis akad nikah.

“Alhamdulillah… akhirnya kami selamat diijab kalbulkan pada pagi semalam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Acara akad nikah tadi pun mengikut SOP dan hanya 15 orang sahaja tetamu iaitu ahli keluarga,” katanya.

Risteena Terima Wang Hantaran RM32,000 Dari Isa Khan, Syukur Dapat Buat Majlis Serba Sederhana - "Ikutkan Nak Akad Nikah Dekat Masjid Saja ..."

Tambah adik kepada aktor Miller Khan, dia menunaikan permintaan Risteena dengan menyerahkan wang hantaran sebanyak RM32,000.

“Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantaran adalah RM32,000.

“Jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usia Risteena pada tahun ini iaitu 32 tahun. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga,” katanya kepada Gempak.

Isa dan Risteena ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama keluarga dan rakan media di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada malam, Jumaat.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui menerima pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan apabila mereka tidak meneruskan majlis akad nikah yang boleh diadakan di pejabat agama pada tahun lepas.

Kata kakak kepada Ruhainies ini, Isa memang berniat untuk menghalalkan hubungan secepat mungkin namun mereka juga sudah mempunyai perancangan sendiri.

“Ikutkan nak kahwin tahun lalu tapi PKP pula… memang waktu itu boleh nikah di pejabat agama tapi kami sudah mempunyai perancangan. Isa pun memang nak halalkan saya secepatnya yang mungkin.

“Tapi kenapa kami perlu nikah atas disebabkan orang lain yang suruh. Ia akan membuatkan kita sendiri tak gembira. Kita nak kahwin dengan suasana yang happy dan berkongsi momen indah bersama keluarga.

“Alhamdulillah… dapat juga kami kongsi dalam majlis yang sederhana macam malam ini. Ikutkan nak akad nikah dekat masjid saja tapi kebetulan kerajaan umum dah boleh buat majlis… memang rezeki kami,” katanya lagi.

Isa dan Risteena telah selamat menjadi pasangan suami isteri, hanya dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Day 1 as Husband & Wife 🌹

Sangat gembira kedua pengantin baru ini. Ini antara komen2 warganet.

So cantik both of you.. semoga berkekalan

Belum pregnant lagi ? Jangan risau tak lama lagi mesti rezeki korang pula!

Semoga kekal till jannah mysweetheart❤️ris n husband

Nmpk lain muka sejak MLM tdi…semoga dapat anak comel2

Baru day1..hehe

Isa Khan & Risteena Munim selamat bernikah, memang cantik sangat pasangan pengantin

Selepas majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Novemer 2020 terpaksa ditangguhkan kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berlangsung, akhirnya Risteena Munim dan Isa Khan selamat disatukan.

Pasangan pelakon, Risteena Munim atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas, 33 telah selamat bergelar isteri kepada penyanyi dan pelakon, Isa Khan, 29 sebentar tadi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis yang serba ringkas itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan dijalankan mengikut protokol kesihatan seperti yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Risteena juga sempat berkongsi video semasa majlis pernikahnya di Instagram untuk tatapan semua. Rata-rata men1ngg4lkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan mereka.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota keluarga hadir dalam majlis serba ringkas termasuklah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies.

 

Semoga iktan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Olahan RJ

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.two.e-kesah.com/