Kehil4ngan Ibu Bapa Ketika Masih Kecil, Gadis Seb4k Dapat Lihat Semula ‘Senyuman’ Arwah Dalam Video Animasi

Hati mana yang tidak sed1h apabila insan tersayang terutamanya ibu bapa telah pergi buat selama-lamanya. Meskipun begitu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk harus tabah dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Itulah perasaan yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila ibu bapanya telah pergi menghadap Ilahi ketika usianya masih kecil.

Rindu senyuman mak ayah

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok, Shwsky meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tercinta. Ibunya telah men1ngg4l dunia pada tahun 2000 iaitu ketika gadis ini baru berusia empat tahun manakala enam tahun kemudian iaitu ketika berusia 10 tahun, bapanya pula telah pergi buat selama-lamanya. Hanya gambar sahaja yang mampu membuatkannya melepaskan rindu terhadap mereka.

Berdasarkan video pendek yang dimuat naik, gadis ini memaklumkan akhirnya dia ‘berhasil’ menemui satu aplikasi ‘My Heritage’ yang berfungsi untuk menukarkan gambar kepada video animasi. Gadis ini menggunakan aplikasi tersebut ke atas gambar ibu bapanya dan akhirnya dia berpeluang untuk melihat kembali ‘senyuman’ pada wajah ibu bapa tersayang.

Walaupun hanyalah animasi tetapi ianya sedikit sebanyak mampu mengubat kerinduan terhadap insan tersayang malah dapat melihat senyuman yang terukir di wajah mereka. Perkongsian video tersebut telah mendapat hampir 450k tontonan dan 90k tanda suka.

Rindu…

@shwsky

My Heritage 💖 missing them a lot. ##familywasmyhappiness

♬ it will rain by fia – fiaa

‘Be strong sis’

  

Sumber: Shwsky

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Ohbulan