(8 Gambar) Wanita ini dikatakan memiliki bentuk tubuh paling sempurna di dunia, ini sebabnya…

Perempuan dan kecantikan berpisah tiada, bila dah kahwin ramai yang merungut badan naik dan tidak secantik ketika masih bujang dulu.Pasti ramai wanita yang mengidamkan bentuk badan seperti Pelakon Britain Kelly Brook, yang terkenal dengan wataknya dalam sitkom One Big Happy, selalu mendapat pujian atas kecantikan yang dimilikinya. 

Apa yang menarik lagi, beberapa penyelidikan telah dilakukan dan terbukti bahawa Kelly Brook ternyata memiliki bentuk badan yang paling ideal dan sempurna dan inilah yang sering dicemburu1 oleh peminat-peminatnya.

Menurut The Sun, pada tahun 2016, satu penyelidikan telah dilakukan oleh penyelidik di University of Texas dan para penyelidik tersebut telah menamakan Kelly Brook sebagai wanita yang memiliki bentuk tubuh yang paling sempurna dan terbaik.

Dalam kajian yang dilakukan, para penyelidik telah melakukan analisis berdasarkan banyak perkara dan turut menyatakan bahawa seorang wanita dengan tubuh yang sempurna adalah wanita yang memiliki tinggi 168 cm, ukur lilit dada 99 cm, pinggul 91 cm dan berat badan 63 kg.

Dari rujukan ukuran itu, hanya Kelly Brook yang dilaporkan memenuhi kriteria tersebut. Di samping itu, para penyelidik juga mendedahkan bahawa ukuran badan Kelly sangat semula jadi dan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik.

“Wanita ini (Kelly Brook) sangat natural dan sempurna secara ilmiah.” kata pasukan penyelidik seperti yang dipetik oleh The Sun

Ketika dia dinobatkan sebagai wanita dengan tubuh yang paling sempurna di dunia, Kelly sendiri amat terkejut. Dalam temu bual yang dijalankan, wanita yang berusia 40 tahun itu mengakui bahawa dia sering merasakan dirinya masih tidak sempurna terutamanya semasa di depan kamera.

Walaupun begitu, Kelly Brook juga mengakui bahawa dia sangat gembira dan bangga kerana senaman dan diet yang sihat yang dilakukannya adalah sebab dia dapat merangkul gelaran tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 Sumber : murai.my via penmerah