Niat Kongsi Rezeki Dengan Frontliners Disal4h Erti, Siti Sarah; “Siapa Kita Nak Tentukan Keikhlasan Seseorang?

Penyanyi Siti Sarah berasa kesal apabila niatnya berkongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan disalah erti.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam entri tersebut, Sarah memuat naik foto paparan skrin mesej yang dihantar secara peribadi (DM) daripada seorang wargamaya yang mengatakan dia suka menunjuk baik.

Tulis pengguna terbabit; “Tak payah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi je lah. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek?”

Namun menurut Sarah, dia sedar sememangnya sukar untuk puaskan hati semua orang dalam kehidupan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Dalam kehidupan kita ini, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita terbuat salah, lagi teruk jadinya.

“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda har4m ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang m4buk-m4buk ke?

“Frontliner tu ada yang tak cuti, banyak sangat dugaan yang diorang kena hadap, apa yang Sarah bagi kecil je, just nak buat diorang happy. at least dapat bagi semangat dan buat diorang happy hari tu,” tulisnya sebagai kapsyen. 

Tambah Sarah, perkara berkaitan keihklasan selayaknya dinilai oleh Allah SWT.

“Saya bagi hadiah dan barang-barang lain tu pun untuk buat kenangan, ikhlas ke tak, bukan kita tentukan, perkara itu rahsia Allah, siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Sarah juga mendoakan kebaikan buat para petugas barisan hadapan yang sering meninggalkan komen dan mesej positif kepadanya.

“Kepada akak-akak frontliner Malaysia yang bagi komen & DM yang baik-baik, Sarah doakan moga diberikan keselamatan dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Niat Kongsi Rezeki Dengan Frontliners Disal4h Erti, Siti Sarah; “Siapa Kita Nak Tentukan Keikhlasan Seseorang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*