Nur Sajat Hil4ng, Akaun Instagram Turut Dipad4m Selepas Dicari JAIS

Usahawan sensasi, Nur saj4t Kamaruzzaman dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

saj4t Bersembunyi? 

Memetik laporan Harian Metro, pihak JAIS telah memeriksa rumah saj4t atau atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pada jam 9 malam Sabtu namun gagal menemuinya sebaik waran tangkap dikeluarkan m4hk4mah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan hanya ahli keluarga dan pembantu rumahnya berada di rumah berkenaan malah mereka turut mendakwa saj4t sudah tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di sebuah lokasi bagi mengelak dikesan JAIS.

“Anggota penguat kuasa menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu sebelum melakukan serbuan. Hasil pemeriksaan di setiap ruang di rumah berkenaan gagal menemuinya.

“Anggota penguatkuasa kini berusaha menjejaki saj4t dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang,” kata wakil pihak JAIS kepada sumber tersebut

Susulan itu JAIS telah membuat laporan p0lis dan Ketua p0lis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan itu.

saj4t Padam Instagram 

Menerusi carian Murai.my, akaun pelantun Makhluk Penggoda itu yang didaftarkan atas nama @nursaj4t23 turut gagal ditemui dipercayai telah dipadam selepas dia dikatakan memerli pihak berkuasa yang masih belum menahannya.

Terdahulu, saj4t dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke m4hk4mah pada sebutan semula kesnya, yang didakwa berpakaian wanita ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursaj4t Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam. Bagaimanapun, saj4t mengaku tidak bersalah.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my