Shaza Bae Ded4h Pernah Ditawar Jadi “Sugar Baby”

Har4mkan mana-mana platform mahupun aplikasi janji temu tidak mematuhi syariat Islam jika mahu isu ‘sugar baby’ dan ‘sugar daddy’ dibanteras.

Itu pandangan pendakwah bebas Ustaz Haslin Baharim berkaitan trend lelaki tempatan berstatus suami memiliki wanita simpanan atau ‘sugar baby’.

Mengulas lanjut isu itu, Haslin berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat habis-habisan dan mengambil tindakan tegas bagi membanteras gejala tidak bermoral terbabit.

“Kalau dari segi agama hendak selesai mudah, kahwinkan saja, tetapi kita sedar bukan seks matlamat utama ‘sugar baby’ yang kebanyakannya dilaporkan penuntut universiti tetapi mereka cuma terjebak disebabkan mahukan kemewahan.

“Jadi, si4s4thabis-habisan apakah benar dakwaan itu dan cari siapa orang tengah sampai ke lubang cacing.

“Saya rasa isu Sugarbook ini sudah lama lagi kontroversi sejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan iklan papan tandanya pada 2019 tetapi kenapa ia masih dibiarkan berleluasa?.

“Apa sahaja keberjatan sosial yang berlaku, pihak berkuasa kena tegas dan berkeras ambil tindakan termasuk h4r4mkan platform ini, jika tidak isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, sikap ambil ringan dan tidak serius terhadap hukum Islam menjadi punca kepada golongan berkenaan terjebak dalam kancah tidak bermoral itu.

“Nasihat saya mereka yang terbabit bertaubatlah kerana perbuatan menghampiri zina apatah lagi zina berdosa besar.

“Kepada golongan ‘sugar daddy’, tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak muda dan carilah jalan penyelesaian untuk menyelamatkan rumah tangga dan bukan mencari ‘sugar baby’ untuk melempiaskan n4fsu dan k3seronokan semata-mata.

“Bagi anak muda yang terbabit sebagai ‘sugar baby’ pula, jangan cari kemewahan dengan jalan singkat dan ukurlah baju di badan sendiri,” katanya.

Akhbar terdahulu ada  menyiarkan pended4han laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement mengenai Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia mempunyai ‘sugar daddy’ teramai dengan 42,500 orang.

Data platform temu janji, Sugarbook pula mended4hkan seramai 14,433 pendaftaran untuk menjadi ‘sugar baby’ diterima pihaknya membabitkan penuntut di 10 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia termasuk dua daripadanya adalah IPT awam.

Artis Juga Ditawar

Dalam pada itu, pelakon Shaza Bae juga ada mended4hkan yang beliau ditawarkan sehingga RM 20,000 oleh lelaki hidung belang untuk menjadi Sugar Baby

Namun tawaran seperti itu langsung tidak menarik minat belia dan tidak terdetik langsung dalam hati untuk terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti itu

Shaza Bae Diberi Am4an Jangan Kacau Boyfriend Janna Nick

Gara-gara membawa watak sebagai perampas dalam drama Marry Me Senorita, pelakon Shaza Bae menerima mesej amaran daripada individu tidak dikenali agar berhenti menganggu kekasih kepada aktres Janna Nick iaitu Dini Schatzmann.

Biarpun menerima ugvt4n, namun Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, berasa gembira kerana watak sebagai Rosa Arabella sebagai perampas itu telah berjaya memberi k3san kepada penonton.

Tambahnya lagi, terdapat netizen yang meluahkan rasa sedih kerana tidak menyukai pelakon berusia 26 tahun itu melakonkan watak antagonis.

“Saya ada terima DM daripada netizen yang kata nak lempang saya la… ada yang siap beri amaran jangan kacau boyfriend Janna. Pernah juga orang jumpa saya tanya, sampai bila saya nak jadi perampas.

“Bagi saya, mereka cakap itu bukan ditujukan kepada saya tapi marah dengan karekter yang saya bawa. Walaupun dikecam dan terima mesej macam itu, saya rasa gembira.

“Tak apa la kena kecam pun sebab itu bermaksud lakonan saya menjadi… kalau tak ada respon, itu yang membimbangkan saya. Tapi ada juga netizen yang luah rasa sedih sebab saya bawa watak jah4t,” kata Shaza kepada mStar.

Drama lakonan Janna, Dini dan Shaza itu sudah mula ditayangkan sejak 2 Februari lalu dan akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, Astro.

Selain itu, Shaza berkata, antara cabaran untuk membawa watak Rosa itu apabila dia perlu memakai kanta lekap (contact lens) dan solekan yang tebal.

“Ini kali pertama saya dapat watak antagonis dan sejujurnya memang agak nervous sebab ia berbeza dengan karekter saya.

“Untuk watak Rosa, saya pertama kali terpaksa memakai contact lens dan solekan yang sangat tebal. Memang rasa tak selesa sebab saya bukan jenis yang macam itu tapi demi tanggungjawab, saya tetap lakukan,” ujarnya

Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Ambil Iktibar Dari Insiden Haneesya

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Shaza Bae (24) yang dinobatkan juara Dewi Remaja 2019 baru-baru ini dan selaku pemenang, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Wartawan penyiaran yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar (21), Nynaa Harizal (23), Shatirah Amanda (19) dan Syamira Izzati (22).

Memetik laporan sebuah portal, walaupun mempunyai akaun media sosialnya sendiri, Shaza mendakwa dia tidak mahu terlalu mended4hkan hal-hal peribadi di media sosial kerana secara sedar atau tidak, ia boleh memberi impak dalam kehidupan harian.

Mungkin Shaza mengambil langkah untuk lebih berhati-hati selepas apa yang pernah terjadi kepada juara Dewi Remaja 2018, Haneesya Hanee suatu ketika dahulu apabila gelaran Dewi Remajanya ditarik balik selepas videonya di kelab malam sambil memegang gelas minuman keras tular di alam maya.

“Saya sangat menjaga media sosial saya dan sekiranya ada perkara yang betul-betul peribadi saya tak akan post walaupun untuk ‘closed friend’.

“Ya, memang nampak remeh tetapi orang selalu dengki dan memerhatikan kita. Jadi kitalah yang perlu bijak untuk berkongsi apa-apa di media sosial.

“Namun, seandainya perkara buruk terjadi, saya tidak akan berdiam diri dan akan tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan,” katanya.

Tambah Shaza lagi, dalam dunia yang serba canggih, banyak mata yang memerhati apa yang dilakukan dan sebarang k3salahan walaupun kecil boleh diperbesarkan dan bakal memberi risiko kepada kerjaya dan kehidupan peribadi.

Shaza juga terharu kerana Haneesya telah menghantar mesej peribadi kepadanya untuk mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata nasihat buat Shaza dan perkara ini telah dikongsikan oleh juara Dewi Remaja 2019 itu di akaun instagram peribadinya.

“Saya bangun dan terbaca mesej ini. Saya rasa sangat rendah diri dan terharu. Terima kasih ya sayang kerana menghulurkan persahabatan @haneesyahanee. #ShesStillTheQueen #Dewiremaja2019 #DewiRemaja #womensupportingotherwomen,” tulis Shaza sebagai kapsyen.

Kredit Foto: Instagram @shazabae_

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/shaza-bae-gula-manis/