‘Ini Semua Wayang Sahaja’- Golongan Ant1v4ksin Tidak Percaya Perdana Menteri Terima Sunt1kan V4ksin

Semalam merupakan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Malah, secara rasmi program vaksinasi telah bermula di negara kita dengan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan. Malah, program vaksinasi ini turut disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Akan tetapi, menjengah ke ruangan komen, golongan antivaksin tidak percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima sunt1kan vaksin tersebut. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa ia hanya sekadar hiasan walaupun proses vaksinasi tersebut dijalankan secara ‘live’ di kaca TV.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan kenapa pada jarum tersebut pada mulanya berwarna biru kemudian bertukar warna oren.

Isu berkaitan jarum yang berlainan warna itu dijelaskan oleh Dr Fakhrul Fardzi di Twitter dimana jarum berwarna biru digunakan untuk menyedut ke dalam picagari dan jarum berwarna oren tersebut digunakan untuk menyunt1k.

Malah, jarum tersebut akan dibu4ng dan bukannya diguna semula. Jarum yang digunakan turut memiliki saiz yang berbeza dimana untuk menyedut perlvk4n saiz yang besar manakala untuk menyuntik perlu menggunakan jarum yang halus.

Apakah pendapat anda akan isu yang dibangkitkan oleh golongan antivaksin ini? Sudahkah anda bersedia untuk menerima vaksin c0v1d-19 ini?

\

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/