Buat Video TikTok Macam Dengan Boyfriend, Peminat Seronok Tengok Siti Nordiana Bersama Anak

Sekali tengok video Siti Nordiana ni, ingatkan tengah dating dengan boyfriend baharu, rupa-rupanya dengan anak bujangnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie.

Disebabkan sekarang ni tengah trend video TikTok, nampaknya Siti Nordiana atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nana itu turut tidak mahu ketinggalan mengikut trend terkini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Nana baru-baru ini telah memuat naik satu video pendek selepas disunting dengan lagu yang terkenal menerusi aplikasi tersebut sambil menunjukkan moment indah beliau bersama dengan Rayyan keluar ‘dating‘ berdua.

Ramai peminatnya turut terhibur melihat aksi anak beranak itu kerana Rayyan kelihatan agak malu-malu ketika berada di hadapan kamera.

Rayyan yang kini sudah berusia 13 tahun kelihatan sangat matang dan nampaknya lepas ni Nana pun bakal kalah dengan ketinggian anaknya itu.

Confirm lepas ni akan ada banyak lagi video Nana dengan Rayyan dekat TikTok kan?

Sumber foto dan video: Instagram Siti Nordiana

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-buat-video-tiktok-macam-dengan-boyfriend-peminat-seronok-tengok-siti-nordiana-bersama-anak/