Usahakan Kandang Lembu Dan Itik Seorang Diri, Content TikTok Buat Ladang Bro Dikenali

Siapa sangka, hanya dengan permulaan video memakan telur itik secara mentah, jejaka yang dikenali sebagai Ladang Bro ini telah berjaya mendapat sebanyak 1.1 juta tanda suka pada setiap videonya dan ser4mai 41.9 ribu pengikut di akaun TikTok walaupun baru membuka akaun tersebut pada pertengahan Januari lalu.

Jika dilihat pada content yang dilakukan oleh Ladang Bro, kebanyakannya ialah mengenai perkongsian kehidupan beliau di kandang lembu dan itik yang diusahakan olehnya secara sendirian semenjak tahun 2019 lalu.

@ladangbro

Takleh keluar sebab pkp 🥺😣 ##fyp ##esekeli

♬ original sound – Ladang Bro 🦆

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadi, Ladang Bro yang kini berusia 26 tahun itu menghabiskan banyak masanya di ladang berkenaan yang terletak di Bachok, Kelantan.

Menurutnya, selepas tamat belajar, beliau mengambil keputusan untuk menetap bersama neneknya buat sementara waktu di kampung tetapi siapa sangka, perasaan suka-suka itu telah menjadi cinta terhadap kehidupan di kampung dan di ladang.

“How I manage to uruskan ladang ni sorang-sorang is because of the love I feel for it. Bukan sayang, tapi cinta. I wake up everyday happy and energized, memang rasa macam it’s my destiny to be here.”

“Walaupun dekat Kelantan, dalam kampung dan kawasan peladang, jauh beza dengan kehidupan bandar sebelum ni. Rasa tenang je.”

@ladangbro

Reply to @happepill terima kasih teman aku time dia nak beranak tadi bro, tapi tu lah tak ada rezeki ##ladangbro ##ladangtok ##fyp

♬ original sound – Ladang Bro 🦆

Ladang yang diusahakan olenya itu turut menjadi lokasi untuknya membuat content di aplikasi TikTok buat tatapan pengikutnya.

Lebih menarik lagi apabila Ladang Bro turut kongsikan cara-cara basic untuk sesiapa yang mahu menternak lembu atau itik.

@ladangbro

Intro tutorial bela itik penelur, style king @ceobatu 💪🏽😛 ##fyp ##ladangtok ##ladangbro

♬ original sound – Ladang Bro 🦆

Dalam masa yang sama, beliau turut berasa gembira apabila content video yang dilakukan olehnya mendapat sambutan dan diterima ramai.

@ladangbro

Reply to @happylittle_bean i feel you 🥺 ##fyp

♬ La Vie En Rose – Louis Armstrong

“I hope in some ways, i can bring value while still entertaining them.”

Ini memang lain daripada yang lain content dia, bukan setakat menari gelek je tapi penuh info untuk kita semua!

Apa pun, good luck untuk hari yang seterusnya dalam menjadi penternak moden yang berjaya!

Sumber video: TikTok Ladang Bro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotviral-usahakan-kandang-lembu-dan-itik-seorang-diri-content-tiktok-buat-ladang-bro-dikenali/