Taktik tak berjaya, wanita kant0i sor0k anak dalam but kereta ketika cuba rentas daerah

SEPANJANG pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai hel4h yang digunakan orang ramai untuk melepaskan diri daripada sekatan jalan raya.

Dalam kejadian yang berlaku petang Rabu di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), seorang wanita dikenakan komp4un kerana mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) apabila menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta untuk merentas daerah.

Cubaan wanita tersebut bagaimanapun gagal selepas dikesan p0lis dalam sekatan jalan raya di BKE.

Wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama rakan anak tirinya datang dari arah Butterworth menuju ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya.

Ketua p0lis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketika pemeriksaan anggota p0lis mendapati wanita itu kelihatan mencur1gakan sebelum mengarahkannya berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaan di bahagian but belakang menemui anak tirinya berusia 14 tahun sedang baring menyembunyikan diri dan memberikan alasan tindakan itu hanya untuk mengelak daripada ditahan berikutan mel4ngg4r SOP PKP.

“Mereka memberi alasan mahu ke pasar raya untuk membeli pakaian.

“Bagaimanapun wanita berkenaan gagal menunjukkan permit pergerakan merentas daerah dan dikompaun kerana ingkar dengan SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shafee berkata, tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 2021, manakala anak tiri dan rakannya diberikan amaran kerana masih di bawah umur.

Rata-rata warganet beranggapan perbuatan remaja berkenaan adalah taktik terbaharu untuk merentas negeri dan daerah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar