Akur ditamatkan kontrak, Ini Kata Kata Akhir Shuk Sahar Selepas Mendapat Perkhabaran Ini

Pengumuman penamatan kontrak Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM bagi slot Geng Pagi Hot sebentar tadi dilakukan secara serta merta disebabkan isu masalah rumah tangganya yang tular sebelum ini.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata keputusan itu dicapai selepas siasatan dalamn syarikat mendapati bahawa Shuk telah mel4ngg4r kontrak dan terma perjanjian.

Terima keputusan dengan terbuka

Susulan daripada itu, pihak Harian Metro telah mendapatkan kenyataan daripada tuan punya badan terhadap tindakan yang dikenakan olehnya.

Shuk memaklumkan dia menerima semua keputusan tersebut dengan hati terbuka dan faham dengan pengurusan.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” katanya.

Beri waktu bercerita lanjut

Walau bagaimanapun, setakat ini pelawak tersebut belum bersedia untuk menceritakan dengan lebih lanjut hal ini dan meminta ruang dalam sehari dua untuk menjelaskan segalanya.

Bagaimanapun, Shuk ketika dihubungi belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut dan meminta diberi sedikit ruang.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” Jelasnya

Terdahulu, kontrak perkhidmatan pelawak berusia 35 tahun itu sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi tujuan siasatan secara terperinci berhubung k3s kecurangannya yang tular di laman sosial.

Dia yang bersiaran bersama Fizie dan Shuib telah digantung tugas sejak 24 Januari lalu susulan daripada isu kecurangannya yang tular selepas dided4hkan isterinya menerusi media sosial.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)