‘Per1t nak terima kenyataan..’ – Pemilik sahkan ‘Fluffy The Rider’ sudah tiada

Fluffy, si kucing comel yang dikenali ramai kerana tabiatnya yang gemar membonceng motosikal, telah kembali menemui Penciptanya, hari ini pada usia tujuh tahun.

Berita tersebut dimaklumkan pemiliknya, Afiq Shazwan On menerusi Facebook  Fluffy Empire, sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua followers Fluffy Empire.

“Dengan perasaan hiba, kami nak memaklumkan, Fluffy dah takde. Tahun ni Fluffy berumur 7 tahun. Selama 7 tahun, banyak kenangan Fluffy bersama kita.

“Kerana Fluffy papamama berjumpa. Kerana Fluffy acik ankel ada dalam page ni.

“Genap sebulan mama berpantang, harini Fluffy pergi. Paling menyedihkan, Fluffy memang tunggu mama. Perit nak terima kenyataan. Tak kuat untuk terima semua ni. Fluffy antara paling awal dalam Fluffy Empire.

“Tiada gambar untuk tatapan semua. Cukuplah sekadar gambar throwback. Punca kem4tian tak dapat dikenal pasti. Dia tiba2 s4kit mata, kemudian mulut berair. Dan harini telah pergi men1ngg4lkan kita.

“Doakan kami kuat. Kami akan sentiasa rindu Fluffy. Fluffy the rider in memory,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Kisah Afiq Shazwan bersama Fluffy pernah popular pada 2015 selepas video lelaki itu membawa kucing kesayangannya itu bersiar-siar menggunakan motosikal tular di media sosial.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Wowberita