“Tiada anak spt tiada masa depan”. Aku percya isteriku baik. Tk sangka di ofis, ada ‘drama’ dimainkan dibelakangku

Assalamualaikum sahabat. Thank kepada admin jika sudi siarkan luahan hati aku. Aku teramat perlvk4n sokongan diwaktu ini.

Aku adalah Ashraf, bekas suami kepada Syuhada. 9 tahun yang lepas, aku adalah pelajar Food Tech di sebuah IPTA. Sama bidang dengan Syuhada. Cuma dia junior aku. Fast foward, kami bercinta dan selepas habis belajar, kami decide untuk bertunang dan bernikah.

2 tahun pertama, semuanya betul betul indah. Cakap je nak makan apa mesti dapat. Mesti Syuhada akan masakkan. Pergi mana mana mesti nak bersama. Aku decide taknak kerja satu company, so kami mintak kerja di kilang berasingan tapi dekat. Sebelah sebelah. Pergi dan balik sama sama.

Mula mula dapat kerja, naik motor saja. Sewa pun, sewa bilik. Betul betul susah. Sampai la dah senang sikit, aku sewa satu rumah untuk kami suami isteri. Sebab jadi kewajipan aku sediakan tempat berlindung untuk isteri.

Mula-mula masuk rumah, tikar pun takda. Tidur atas mozek je dulu. Sebab duit dah habis buat bayar deposit rumah. Terpaksa tebalkan muka pinjam kereta kawan kalau nak beli barang besar sikit sebab tak boleh bawa naik motor. Kadang kadang wife aku nak masak benda frozen, peti sejuk takda, terpaksa letak ayam/ikan kat rumah jiran sebelah. Jiran sebelah memang baik. Banyak bantu kami.

Aku merasa susah tu dengan wife aku. Aku bersyukur sebab dia nak bangun dan jatuh disisi aku. Walaupun rumah ni kosong, tapi ada dia, aku sangat bahagia. Cuma aku dengan dia. Allah belum beri rezeki anak pada kami. Jadi focus aku seterusnya adalah ke next level.

Fast foward, 4 tahun berkahwin, masih belum diberikan rezeki anak. Tapi kehidupan semakin senang. Aku dah mampu beli kereta. Satu untuk aku dan satu untuk dia. Rumah yang disewa pun, tuan rumah dah jual pada aku. Alhamdulillah. Ada rezeki dalam setiap penikahan. Aku percaya benda tu. Kami masih sama, bahagia, pergi mana pun sama sama.

Cuma kalau ada dinner company Syuhada. Dia kurang gemar ajak aku, jadi mungkin ‘me time’ untuk dia. Aku ok saja.

Sehinggalah satu malam selepas dinner company wife aku. Dia balik jam 1 pagi. Jadi aku dah terlelap. Sedar sedar waktu pagi. Aku bangun untuk solat. Tiba-tiba ada satu text masuk ke dalam phone wife aku berbunyi,

“Jatuh cinta tengok awak malam tadi”.

Jantung aku terasa laju. Lantas aku scroll lagi text atas atas. Text mereka bukan seperti biasa. Seperti sedang bercinta. Wife aku ada buatkan sarapan untuk si lelaki ini. Buatkan kek batik. Hadiahkan jam dihari lahir dia.

Aku segera solat untuk dapatkan kekuatan dan ketenangan. Dalam sujud ku, aku meminta supaya aku tak buat yang macam macam pada wife. Risau dalam keadaan marah diluar batasan.

Aku atur langkah, kejutkan Syuhada untuk bangun solat. Dia bangun dan solat. Aku yakin dia isteri yang baik. Dia mendengar semua kata kata aku. Dia rajin melayan kerenah ku. Dia segalanya pada aku. Aku yakin dia mungkin tersilap langkah.

Selepas Syuhada selesai solat, aku berbicara dengan dia.

“Siapa lelaki yang text tu?”.

“Kawan”. Jawapan ringkas yang aku terima.

Jadi aku lanjuntukan pertanyaan

“Mengapa dia cakap jatuh cinta bagai, kan awak tu isteri saya. Mana boleh lelaki tu cakap macam tu”.

Syuhada cuma mengambil bantal dan sambung tidur. Nyenyak mungkin tidurnya. Sedangkan aku dalam keadaan gelisah, susah hati, cembvru, sed1h, rindu dan s4kit. Jam 10 pagi, Syuhada bangun, dan buatkan sarapan. Tidak menegur aku.

Sepertinya aku yang bersalah dalam hal ini. Lantas aku buka mulut,

“Awak, siapa lelaki itu? awak ada orang lain ke?”. Kali ini jawapannya juga ringkas tapi lebih padu. Dia jawab “ya”.

Allahu. Berikan aku kekuatan. Lantas aku bertanya,

“Kenapa macam ni? Kita baik baik sahaja kan?”.

Jawab Syuhada, dia terlalu bosan hidup dengan aku. Dia dah tak boleh bahagia disisi aku. Hidup yang hampir 5 tahun tapi tiada arah tuju. Tiada anak seperti tiada masa depan.

Aku peluk dia, aku pujuk dia. Agar istigfar. Kembali pada aku, kembali pada Allah. Semuanya Allah yang rencana kan. Tapi tetap pilihan dia lelaki tu. Ya, lelaki yang berstatus bujang, satu tempat kerja dan lelaki yang tahu wanita itu adalah isteri ku. Tetapi mengapa isteri aku. Tidak ada ke perempuan lain yang dia boleh cari?

sed1hnya. Sungguh sed1h sahabat. Isteri mahu aku mencerraikan dia. Demi lelaki itu. Dia sanggup men1ngg4lkan suami dia yang bertahun ini, demi perkenalan yang beberapa bulan itu.

Sejak daripada itu, Syuhada begitu lain pada aku. Tidak mahu solat bersama. Tidak mau lagi pergi ke tempat kerja bersama. Baliknya juga sudah lewat. Isteri yang sepatutnya bahagia disisi aku, tapi aku sedang lihat dia bahagia dengan orang lain.

Selepas 9 bulan kejadian, kami pergi ke mahkamah untuk kaunseling dan dapatkan khidmat nasihat. Tetapi semuanya jumpa jalan buntu.

Aku lepaskan Syuhada. sed1h. Sangat sed1h. Isteri aku. Aku lepaskan untuk dia lebih bahagia pada jalan dia. Rumah yang isinya dulu ada dia, kini kosong. Lebih kosong dari tiada perabot.

Allahuakbar. Jatuh tersungkur aku. Rindu teramat pada dia. Menangis setiap malam. Allah saja yang tahu. Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jual rumah itu. Biarlah jauh aku pergi. Dari aku s4kit disini. Mereka disini pasti bahagia.

#Kejadian ini adalah 3 tahun yang lepas sahabat. Tetapi, saat menceritakan ini, air mata aku masih jatuh. Aku masih rinduk4n dia sama saat aku ada disisi dia. Masih aku cintakan dia. Masih aku sayang dia.

Aku belajar cara melupakan dia, aku busykan diri. Aku belajar buat banyak benda. Tapi hati aku masih ada dia. Aku yakin akan tiba masa aku akan lupakan dia. Aku pun belum pasti bila masanya.

Kini Syuhada sedang bahagia bersama suami barunya. Dia dah pun block aku disemua media sosial dia. Ada rakan rakan dia yang masih friend dengan aku di media sosial. Kadang terlintas gambar bahagia mereka. Takpe la, focus aku adalah mencari kebahagiaan aku sendiri.

Doakan aku terus kuat ya sahabat semua.

Reaksi warganet

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Nur Nhazzla –Ashraf. Syuhada tak ckup baik untuk awak. Sebab tu Allah jodohkan dia dengan suami dia sekarang. Yang boleh mer4mp4s isteri orang macam tu saja. Dan Allah pisahkan awak dari Syuhada. Sebab awak layak terima seorang isteri sebaik awak.

Yuszana Zana –Senang nye si isteri berubah hati. Isteri yang curang ibarat api dalam sekam. Bersyukurla sebab Allah bagi perkahwinan yang setaun jagung untuk nampk true colour isteri tu. Kalau lagi lame mungkin s4kit nye lebih parah.. Mungkin Allah nak temu kan dengan wanita yang jauh lbh baik.

Ekzos Buloh –Aku dapat merasakan bro bila Bini bercinta or skandal dengan laki lain. Ko beruntung lagi sebab takde anak. Jadi Allah aturkan dah baik.

Tak macam aku dah Ada anak. Aku terpaksa lepaskan setelah pelbagai usaha aku lakukan. Sekarang dah 2 tahun berlalu. Dia nyatakan hasrat untuk kembali bersama Demi anak.

Myza Ahmad –one advice for you. You jangan cari cinta lain sekadar untuk “menghilangkan” Syuhada dari kehidupan you. You dah lupakan Syuhada baru you cari cinta lain tanpa menjadikan wanita lain sebagai Syuhada.

Kasmawati Amiruddin –Berbeza sungguh kalau perempuan yang dikhianati macam nie mahu kecoh media sosial di canangnya.

Tapi lelaki mereka memilih untuk menjaga aib bekas pasangan. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Dia tak layak untuk kamu!! Sewaktu masih bergelar isteri tergamak ada kekasih gelap.

Ada bidadari yang lebih layak buat kamu!

Zul Muda –Aku nak pesan kat penulis. Aku pernah alami kisah ni. Malah lagi teruk, siap kena santau lagi. Derita beb, hampir nak giila.

Sekarang lepas 7 tahun, aku bahagia disamping seorang perempuan yang benar2 sayang kat aku.

Semua ni perancangan Dia. Kita tak tahu apa kat depan. Maybe Allah nak naikkan darjat ko ke, mana tau. Alhamdulillah, aku syukur Allah tarik aku dari keluar. Sekarang baru aku tahu hikmah disebalik kejadian ni.

Kalau ko rasa teruk sangat, text je aku. Kita boleh borak2 supaya ko lebih tenang..

– Ashraf (Bukan nama sebenar) via iiumc

Apa pula kata anda.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.two.e-kesah.com