“Tak Banyak Cakap & Tak Pernah Meng3luh, Sentiasa Hadiahkan Senyuman”

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti ramai mengenali pendakwa terkenal. Malah, kaum India dan Cina juga turut mengenali Ustaz Ebit serta memuji sifat murninya yang membantu golongan susah tanpa mengira bangsa.

Baru-baru ini, Ebit ada berkongsikan cerita mengenai keperibadian isterinya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya. Ebit turut meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang solehah dan berterima kasih kepada bidadarinya itu kerana menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak.  Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam.

“Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa,” tulisnya.

Ebit berkata isterinya seorang yang tidak banyak cakap dan sentiasa menghadiahkan senyuman. Bidadarinya juga sentiasa berdoa untuk dirinya dan setiap insan di dunia.

“Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibubapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang.

 

“Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.. Terima kasih bidadariku,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya