Pujuk Hati Isteri, Shuk Pinang Isteri Semula

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Semalam, Shuk membuat kejutan apabila melakukan live Instagram menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi. Pada awalnya, Shuk yang lengkap memakai baju pengantin meminta izin daripada izinnya untuk berkahwin.

@odahpurkhan

 

♬ original sound – Odah Purkhan

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah ketika itu turut terkejut dengan permintaan pelawak tersebut. Namun, rupanya Shuk lengkap berbaju pengantin itu untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk ada memuat naik status daripada mereka yang mendoakan rumah tangganya kembali pulih serta pelawak itu diberi kekuatan dan kesabaran untuk memujuk hati isterinya.

Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya