Masih Ingat Pelakon Kacak Slot Spektra Ini?

Mereka yang membesar di era 90an pastinya pernah menonton drama rantaian dalam slot spektra dan identiti yang menampilkan pelbagai kisah. Maklumlah ketika itu hanya ada stesen televisyen kerajaan RTM dan hanya bersaing dengan stesen TV swasta, TV3 sahaja.

Bagaimanapun, drama yang ditampilkan tetap diingati kerana ceritanya dekat di hati penonton.

Lebih hebat, adanya tarikan pelakon lelaki yang kacak dan maskulin sebagai daya penarik penonton wanita.

Seorang pengguna Facebook berkongsikan senara 22 pelakon lelaki yang pernah menghiasi kaca televisyen. Ada di antaranya masih aktif sehingga kini dan ada juga yang sudah bersara.

Anda ingat mereka?

 

Foto :FB

Mendahului carta adalah pelakon Rusdi Ramli, 51, yang juga anak seniwati Norlia Ghani. Terkenal dengan drama rantaian bersama Raja Azura dan masih kekal aktif sehingga kini. 

Foto : FB

Selain itu, disenaraikan juga pelakon yang pernah menambat hati penonton wanita satu ketika dahulu tetapi sudah tidak aktif lagi, antaranya ialah Rashdan Baba, 51, Shahrul Zaman bin Kamaludin, 55, Fendi Abu Bakar dan Zuraini Kasim yang kini menjadi Timbalan Presiden Seniman. Masih kenal ke wajah sekarang?

Foto : FB

Antara pelakon yang aktif sehingga sekarang seperti Rusdi Ramli pula ialah Hilal Azman, 65, (drama Tok Perak), Khairil Anwar (filem Sembilu), Eizlan Yusof, 50, (drama Jaguh-Jaguh), Zamarul Hisham, 50, Mahmud bin Ali Bashah, 51, dan Arash Mohamad, 52.

Foto : FB

Ada yang sudah bergelar datuk, bertukar bidang dan masih setia dalam industri lakonan. Apapun, mereka antara penghibur ketika stesen televisyen swasta (Astro) belum muncul, ketika penyedia perkhidmatan dalam talian belum ada dan juga di zaman semuanya hanya boleh diikuti menerusi media elektronik dan media cetak.

Apa drama spektra lakonan mereka yang anda ingat? – CARI

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Cari