Bayi Baru Umur 4 Bulan Tapi Dia Dah Mengandung Lagi. Netizen Mula Kecam Dan Ini Respond Balas Wanita Tersebut

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Ada yang mungkin mahukan hanya dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak sehingga 13 orang.

Tiada masalah untuk memiliki anak ramai, namun pasangan digalakkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu agar usia anak tidak terlalu dekat.

Ini kerana ada yang bimbang jika usia anak terlalu rapat bimbang tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kerana terlalu fokus dengan anak yang baru.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang berkongsikan dia disahkan hamil sekali lagi walaupun baru saja menimang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita bernama Suryana itu berkata anaknya baru berusia empat bulan namun dia mengandung lagi.

Perkongsian tersebut hanya untuk berkongsikan khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata lagi, bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju lebih-lebih lagi jarak anak yang bakal dilahirkan kelak terlalu dekat dengan anak bongsunya itu.

DIA TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Suryana kemudian memuat naik satu lagi video menjelaskan perkara sebenar.

Melihatkan jawapan oleh wanita itu, netizen hanya memberi nasihat supaya merancang keluarga di masa akan datang untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Malah, ramai yang meluahkan rasa kasihan pada anak bongsu wanita itu yang belum cukup kasih sayang tetapi akan dapat adik baru lagi.

Kata netizen lagi, memang tidak dapat dinafikan anak merupakan rezeki tetapi jarakkan kehamilan serta dalam masa sama merancang keluarga untuk menjaga rahim.

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan mereka yang mengecam dengan mengatakan sudah rezeki buat pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata lagi.

@suryana_89

##fyp

♬ Yalili – 🦋❤️🥺🧸🌹💕👑😈💯

@suryana_89

Insyaallah akan lebih berhati2 lagi lepas ni😆##fyp

♬ Adu Mama e Ada Cowok Baju Hitam Mix By DJ Desa – SUGI_bfon21

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mempunyai anak ramai asalkan berkemampuan.

NAK TENGOK VIDEO SILA KE TIKTOK DIA YE.. @suryana_89

SUMBER: Tiktok via Gulapop

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN