Diugvt Disimbah As!d Tapi Dia Tidak Risau Sebab Sekarang P4kai “Facemask”, 0rang X Boleh Cam Muka

KUALA LUMPUR: Watak Nurul Ain menerusi drama yang kini mencetuskan fenomena, 7 Hari Mencintaiku 2, memberi impak besar kepada bakat baharu, Wafariena Roslan, 25, apabila diugvt disimbah as1d, selain mak1 hamun dengan perkataan kes4t yang tidak terhitung banyaknya.

Watak Nurul Ain menyakiti hati penonton gara-gara usaha gadis itu yang memporak-perandakan rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya) dalam drama siaran slot Akasia di TV3 itu.

Bagaimanapun, ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa berkata, dia menerima mesej langsung (DM) dalam akaun Instagram (IG) setiap hari. Maki hamun dan kejian penonton menandakan lakonannya menjadi.

“Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya.

“Saya sudah jangka watak Nurul Ain akan menerima impak besar. Ada yang memanggil saya dengan gelaran tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin televisyen (TV), kemudian menghantarnya kepada saya.

“Cuma, saya perlu berhati-hati apabila ada yang mengugut mahu menyimb4h asid ke wajah. Nasib baik kita dikehendaki memakai pelitup wajah, jadi sukarlah mereka mengecam wajah saya.

“Tetapi, pernah juga saya dimarahi seorang makcik ketika sedang makan, gara-gara terlalu membenci Nurul Ain. Awalnya, saya agak terkejut dan memintanya bersabar, tetapi semuanya baik-baik sahaja, malah dia siap bergambar dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Wafa yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak tahun lalu bersyukur kerana drama rantaian pertama yang dijayakannya men1ngg4lkan kesan kepada penonton. Tawaran membintangi drama arahan Jamal Khan itu diterima pada saat akhir.

“Mungkin ini adalah permulaan baik untuk bakat baharu seperti saya. Sebelum ini, saya pernah menjayakan beberapa telefilem, tetapi lakonan belum cukup menyerlah. Berbeza dengan watak Nurul Ain.

“Alhamdulillah, tawaran lakonan semakin banyak diterima. Sebagai pelakon baharu, saya tak boleh memilih watak. Saya akan menerima apa sahaja tawaran untuk mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan,” katanya yang pernah membintangi telefilem berjudul Rinding, Main Kahwin Kahwi dan Kisah ser4m Hostel.

Menjawab pertanyaan, tidakkah bimbang jika tawaran diterima tidak men1ngg4lkan impak seperti Nurul Ain, Wafa berkata, tidak risau sebaliknya sentiasa yakin dengan setiap karakter yang dilakonkan.

Sebelum melangkah dalam dunia lakonan, Wafa berkata, dia terlebih dahulu mencuba nasib sebagai penyanyi.

Katanya, dia kini bernaung di bawah syarikat MAP Music, sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku.

Wafa yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin pernah berkerja sebagai penyanyi sambilan dan mengikuti pancaragam p0lis Diraja Malaysia (PDRM).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:bh online

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ViralMy