‘Orang kata saya 4ngkuh..’ – Dr Noor Hisham

Dalam satu sesi taklimat yang dijalankan pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tanggapan kononnya, setiap keputusan berkenaan c0v1d-19 dibuat mengikut kehendak dan keputusan beliau.

Dan, tanggapan ini ternyata tidak benar sama sekali kerana, setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan keputusan bersama dari 150 orang pakar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya lagi, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan c0v1d-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman dibuat.

Malah, setiap pendapat yang diberikan beliau kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah pandangan daripada pihak KKM.

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

“I am only a messenger,” katanya.

Keputusan dalam menilai dan memahami setiap data melibatkan ramai orang sebelum pihak KKM mahupun MKN berkongsi kepada pihak media.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita