Mahu Jaga Nama Baik Keluarga, Syafi Tee Elak Babak Bersentuhan Dalam Lakonan

Syafi Tee, seorang pelakon baru dalam industri hiburan tanahair kini dapat dilihat wajahnya menghiasi kaca TV dengan beberapa drama menarik. Tahukah anda, sebenarnya Syafi Tee ini merupakan anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah?

Mula menceburi dunia lakonan melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, beliau mendapat restu daripada ayahnya. Menurut Syafi, beliau sangat bertuah kerana bapanya sudah memahami asam garam dan selok belok dalam dunia seni.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafitee (@syafitee)

Tambahnya lagi, beliau memilih berlakon tanpa sebarang babak bersentuhan dengan wanita dan jika terpaksa haruslah berlapik. Berpegang kepada prinsip, Syafi mengikut nasihat bapanya untuk menjaga batas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafitee (@syafitee)

Bukan itu sahaja, jika Syafi berasa tidak selesa dengan mana-mana babak lakonan, beliau akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/