Isu Cur4ng : Shuk Sahar Dig4ntung Sementara Dari Hot FM

Lanjutan daripada kontroversi pelawak yang juga penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, pihak pengurusan stesen radio berkenaan memaklumkan bahawa khidmat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dig4ntung buat sementara waktu bermula hari ini.

Si4satan Masih Dijalankan

Menerusi sebuah kenyataan, penggantungan tugas itu dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu rumahtangga nya yang kini tular di media sosial. Dalam pada itu, keputusan seterusnnya penggantungan Shuk akan dibuat sejurus siasatan dalaman selesai.

Terdahulu, isteri Shuk Rossalennah Natassiah Asshaferah membuat pendedahan mengejutkan di laman Instagram nya yang mendakwa Shuk masih berlaku cur4ng bersama wanita lain yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Malah di laman Twitter terdapat sebuah petisyen yang menuntut pihak Hot FM utuk menamatkan kontrak Shuk serta merta.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my