Beberapa hari tak sedap badan, rupa-rupanya Aprena Manrose positif Cov1d-19, tak tahu j4ngkit dari mana

PELAKON Aprena Manrose mengesahkan dirinya kini dij4ngk1ti w4b4k c0v1d-19 selepas keputusan ujian calitannya disahkan positif.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, pelakon yang memiliki nama penuh, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 28, itu memuat naik satu video menunjukkan dia menjalani ujian calitan itu yang dibuat oleh sebuah klinik swasta.

“Saya memang jenis penakut tapi lagi takut bila tahu keputusan saya positif (c0v1d-19).

“Saya pun tak tahu macam mana boleh kena.

“Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu Emma (Maembong) ada buat ujian calitan dekat rumah, terus saya minta contact daripada dia,” katanya.

Aprena berkongsikan video ujian calitan yang dilakukannya.

Aprena yang kini sedang menjalani ku4r4nt1n kendiri di rumahnya menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai simptom agar segera melakukan ujian calitan.

Malah, pelakon filem Jodoh Syaitan ini turut meminta masyarakat di luar sana tidak melabelkan pes4kit c0v1d-19 sebagai penjen4yah.

 

Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu Emma (Maembong) ada buat ujian calitan dekat rumah, terus saya minta contact daripada dia.

APRENA MANROSE

PELAKON

“pes4kit c0v1d bukan penjen4yah, kalau anda rasa ada simptom tampilkan diri buat saringan atau berkurung di rumah selama 10 hari.

“Jika tidak, mungkin anda boleh menyebarkan lagi v1rus itu (kepada orang sekeliling),” ujarnya.

Minggu lalu, pelakon Emma Maembong dan vokalis Drama Band, Aepul Roza turut disahkan positif c0v1d-19.

Antara selebriti lain yang pernah dij4ngk1ti v1rus tersebut sebelum ini ialah Ashraf Muslim, Alif Satar, Puteri Aishah, PU Riz dan Shima Anuar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar