Cara mohon dan semak bantuan orang tua (BOT) RM500 sebulan dari jabatan kebajikan masyarakat (JKM)

Dalam memastikan setiap lapisan rakyat di negara ini mendapat bantuan dari kerajaan, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim Bantuan Orang Tua (BOT) untuk membantu warga emas dimana mereka akan menerima bantuan RM350 setiap bulan.

Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlvk4n sahaja yang menerima bantuan ini.

Syarat Kelayakan Bantuan 500 Sebulan

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah:

 

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Pemohon sudah berumur 60 tahun ke atas

Pemohon sudah tiada sumber pendapatan untuk menyara hidupnya

Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan

Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kem1sk1nan (PGK) Purata m1sk1n Isi Rumah Semasa atau PGK Purata m1sk1n Per Kapita Semasa

Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM

Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

Walaubagaimanapun, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan diatas untuk mana-mana kes yang tertentu dan berkeperluan sahaja.

Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas

Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.

Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas RM350sebulan secara online melalui portal eBantuan JKM:

Permohonan Online Bantuan Orang Tua (BOT)

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. Klik DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih NEGERI pemohon.

5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara autom4tik.

Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:

Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon

Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama

Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)

Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)

Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Laporan pegawai perubatan dari h0sp1tal / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Semakan Permohonan Bantuan Orang Tua

Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online sahaja.

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

4. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.

Soalan Lazim

Adakah warga emas yang bukan warganegara boleh memohon bantuan ini.

Tidak. bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

Jika saya berumur 61 tahun, adakah saya layak untuk memohon bantuan warga emas ?

Boleh, anda layak memohon. Namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan kebajikan masyarakat.

Jika saya telah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat bagi menyerahkan dokumen, adkah permohonan saya akan diterima?

Permohonan tidak akan diterima atau dibatalkan. Pemohon hendaklah menghantar dokumen yang diperlvk4n di Pejabat kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : jawatanmalaysia.net