Pernah ada ‘sejarah’ dengan orang sama, Kecik Hyper Act harap Shuk jadilah seorang lelaki yang matang, jangan buat isteri macam ni!

Dunia hiburan dikejutkan semalam apabila pelawak dan penyampai radio popular, Shuk Shahar dikatakan kembali bermain kayu tiga dengan wanita bernama Fara Salleh.

Isteri Shuk Shahar yang membuat pendedahan ini melalui ig miliknya.

Ternyata perkara itu telah menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik. Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan wanita itu dan dia telah didakwa pernah memukul dan tinggal sebumbung bersamanya.

Kecik iaitu bekas vokalis Hyper Act ada memuat naik status di twitter yang memohon isteri Syuk iaitu Rossalenna Natassyiah Asshaferah untuk menghadapi ujian perkahwinan itu dengan hati yang tabah dan turut memberi pesanan kepada pelawak itu agar menjadi matang dan tidak memperlakukan isteri dengan sesuka hati.

Untuk rekod, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dirinya telah dimanipulasi oleh wanita itu dan menjelaskan bahawa segala apa yang diceritakan itu hanyalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

SUMBER : Twitter Kecik Hyper Act via beautifulnara

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.seleksinetwork.pw/