“Gosok baju anak, esok pertama kali lepaskan anak pada orang lain.”- Saharul Ridzwan Berkongsi Luahan Rasanya Untuk Hari Pertama Anaknya Ke Sekolah

Saharul Ridzwan bapa kedua dua cahaya mata ini begitu terkesima apabila anaknya yang sulung Muhammad Luth Ali (Ali) sudahpun memasuki alam persekolahan.

Selain Ali, pelakon yang mendirikan rumahtangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 ini juga dikurniakan cahaya mata kedua, Fateema Azzahra.

Paling menarik Saharul telah berkongsi luahan rasanya sebagai seorang ayah. Hakikatnya seperti mana ibu bapa yang lain, Saharul begitu risau melepaskan anak kesayangannya itu. Maklumlah hari pertama mahu melangkah ke sekolah sememangnya pelbagai perasaan melanda.

Saharul Letakkan Kepercayaan Pada Guru

Ali melangkah ke alam persekolahan.

Kongsinya;

“Posting kali ni agak panjang. Saja saya nak luahkan sekadar berkongsi dan simpan dekat sini supaya satu hari nanti dapat saya dan anak anak baca balik.

“Selalu kita akan baca luahan hati seorang ibu bila berbual tentang anak nak masuk sekolah.

“Kali ini, luahan hati seorang ayah. Mungkin sama. Mungkin juga berbeza. Mungkin juga tak ada apa sangat.

Dalam hati dan fikiran saya ada ini,

“Membesarlah dengan didikan ISLAM yang sempurna, maka baiklah akhlaknya nanti”.

“Soal kepercayaan pada Cikgu, InShaaAllah sy letakkan kepercayaan kepada cikgu yang mengajar anak saya, sebab pekerjaan seorang Cikgu ini sangatlah mulia.

“Umi pun cikgu sekolah dulu. Jadi sy tahu betapa strugglenya seorang Cikgu nak pastikan anak muridnya berjaya.

“InShaaAllah, saya doakan semua Cikgu juga mulia akhlaknya dalam mendidik anak-anak muridnya. Besar pahala cikgu ni.

“Soalnya adalah “masuk” atau tidak apa yang diajarkan. Itu diluar kuasa cikgu, luar kuasa seorang manusia. Itu kuasa ALLAH. Yang membenarkan setiap pelajaran dan ilmu yang disampaikan itu “masuk” pada anak saya,” luah Saharul.

Risau Soal c0v1d, Semoga Allah Sentiasa Lindungi Anak-Anak Kita

Memandangkan kes c0v1d-19 semakin meningkat, seperti mana ibu bapa lain Saharul juga sangat risaukan tentang anaknya itu.

“Termenung sekejap.

“Soal c0v1d ni pun satu masalah besar. Sangat besar. Risau tapi utk dituliskan disini akan jadi sangat panjang dan mungkin sampai besok pun tak dapat habiskan. Semoga ALLAH sentiasa lindung anak anak kita semua.

“Kena doa dan yakin, hanya ALLAH yang membenarkan dan menghalang sesuatu utk berlaku. InShaaAllah. InShaaAllah. InShaaAllah

“Itulah perasaan seorang ayah barangkali. Sampai situ je yang boleh saya fikir. Semoga yang baik baik sahaja Allah datangkan pada anak kita.

Itu Tandanya ALLAH Sayang

“Pasti akan datang ujian kepada kita. Itu tandanya ALLAH sayang. Cuma sy harap ujian tu dapat dihadap dengan baik. Sebagai ayah, kita akan sehabis boleh utk mencari rezeki utk keluarga, dengan harapan, keluarga yang kita pimpin dalam “pelayaran” ini menjadi lebih baik dari apa yang pernah kita lalui dulu.

“Selamat malam. Esok kena bangun pagi, pujuk Ali mandi. Ujian pertama. Terima kasih kerana membaca posting yang tak seberapa ni. Assalamualaikum,” tulis Saharul.

“Ayah Yang Hebat” Dipuji Netizen

 

Sumber / Sumber Foto : Facebook Saharul Ridzwan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mingguan Wanita